awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan kecualikan caj KWTBB bermula 1 Ogos, rancakkan program tenaga boleh baharu

Bernama
Bernama
24/07/2025
03:15 MYT
Kerajaan kecualikan caj KWTBB bermula 1 Ogos, rancakkan program tenaga boleh baharu
Dengan ketetapan serta penambahbaikan ini, PETRA berharap ia akan memberikan insentif kepada pengguna terutamanya syarikat korporat dan industri untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga negara.
PUTRAJAYA: Kerajaan mengecualikan caj 1.6 peratus Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) bagi tarif elektrik daripada program tenaga boleh baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan pengecualian itu melibatkan tiga program utama iaitu Tarif Elektrik Hijau (GET), Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS) dan Community Renewable Energy Aggregation Mechanism (CREAM).
Langkah itu selaras dengan hasrat untuk merancakkan pembangunan dan integrasi tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.
"Dengan ketetapan serta penambahbaikan ini, PETRA berharap ia akan memberikan insentif kepada pengguna terutamanya syarikat korporat dan industri untuk terus menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah mencapai sasaran 70 peratus TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang 2050," menurut kenyataan itu hari ini.
PETRA memaklumkan usaha itu juga diharap akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri TBB negara yang lebih progresif dan positif.
"Kutipan 1.6 peratus KWTBB daripada tarif elektrik pengguna telah diperkenalkan pada 2011 sebagai dana untuk memangkin pertumbuhan pembangunan TBB di negara ini melalui pelaksanaan mekanisme tarif galakan atau Feed-in Tariff (FiT) oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.
"Sejak pelaksanaan mekanisme FiT ini, kapasiti TBB teragih dalam sistem pembekalan elektrik negara terutamanya daripada sumber solar telah meningkat secara mendadak iaitu daripada lima megawatt (MW) pada 2011 kepada 5,100MW pada masa ini," menurut kenyataan itu.
PETRA memaklumkan pada masa yang sama, program FiT juga berjaya meningkatkan komposisi pembekalan elektrik daripada sumber biogas, biojisim dan hidro kuasa kecil kepada 855MW.
"Susulan daripada jadual tarif elektrik baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Julai lepas, kerajaan telah meneliti semula pelaksanaan program TBB sedia ada dan memutuskan untuk meneruskan hasrat untuk menggalakkan penerapan TBB dalam kalangan pengguna elektrik," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petra
#tarif elektrik
#tenaga boleh baharu
#bekalan elektrik
#KWTBB
#pengecualian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan