awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited bantu pekebun di Cameron Highlands - Wan Azizah

Bernama
Bernama
07/04/2019
21:00 MYT
Kerajaan komited bantu pekebun di Cameron Highlands - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bersama Pengarah Politeknik Ungku Omar, Zairon Mustapha (dua, kanan) menunjukkan aplikasi web Politeknik Malaysia pada majlis sambutan pada Ahad. - Foto Bernama
Kerajaan Pakatan Harapan komited untuk membantu para pekebun di Cameron Highlands yang berdepan dengan arahan pembersihan dan perobohan kebun mereka oleh kerajaan negeri Pahang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Bersama Pemulihan Cameron Highland bagaimanapun berkata pelbagai aspek perlu diambil kira dalam usaha untuk memastikan situasi menang-menang.
"Kita akan lakukan apa sahaja demi kepentingan rakyat. "Kita ambil kira langkah dan tindakan adalah untuk kepentingan rakyat.
"Kita hendak tolong pekebun-pekebun ini tapi mesti tahu ini penerokaan (kebun) bagaimana? Adakah ia menjaga alam sekitar, merbahaya yang boleh menyebabkan tanah runtuh...ini mesti diambil kira," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas 50 Tahun Politeknik Malaysia di Politeknik Ungku Omar di sini. Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching.
Timbalan Perdana Menteri ditanya mengenai tindakan kerajaan negeri Pahang membersihkan dan merobohkan 11 kebun milik pekebun kecil di Kuala Terla, Cameron Highlands pada Februari lepas bagi fasa pertama, manakala penguatkuasaan sama ke atas 50 lagi kebun dijadual pada bulan ini.
Pekebun berkenaan dalam satu bantahan ada 31 Mac lalu mendakwa, selain memberikan notis yang singkat, tindakan kerajaan negeri itu menyebabkan mereka hilang punca pendapatan dan pada masa sama terpaksa menanggung bayaran balik pinjaman institusi kewangan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menjelaskan kerajaan negeri perlu bertegas dalam isu pekebun kecil Kuala Terla untuk menjamin kesinambungan bekalan air terawat bagi keperluan kira-kira 70 peratus penduduk Cameron Highlands.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#jawatankuasa tindakan pemulihan
#Pahang
#pekebun
#penerokaan tanah
#perladangan
#pertanian
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan