Kerajaan komited untuk mencapai sasaran defisit fiskal pada paras tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata selaras dengan usaha konsolidasi fiskal, kerajaan akan memastikan paras defisit terus turun kepada empat peratus daripada KDNK tahun ini.
"Kerajaan juga komited untuk memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebihi hasil dan pinjaman hanyalah untuk membiayai perbelanjaan pembangunan.
"Komitmen tersebut penting bagi mengawal paras hutang sebagai peratusan KDNK agar tidak melebihi 55 peratus, selain memastikan kemapanan fiskal negara dalam jangka panjang," katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Er meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah hutang negara dan peratus hutang negara berbanding KDNK sehingga kini.
Najib berkata unjuran rasmi kedudukan hutang Kerajaan Persekutuan bagi akhir tahun ini akan diterbitkan dalam Laporan Ekonomi 2013/2014 Kementerian Kewangan yang akan diedarkan di Parlimen pada Jumaat ini.
Beliau berkata hutang negara adalah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar negeri sahaja.
"Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta. Pada akhir Jun lepas, jumlah hutang negara adalah sebanyak RM284.7 bilion atau 28.2 peratus daripada KDNK," katanya.
Bagaimanapun, katanya jika hutang negara yang dimaksudkan hutang Kerajaan Persekutuan, maka ia melibatkan hutang yang ditanggung Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri.
"Sehingga Jun lepas, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan adalah sebanyak RM519.3 bilion atau 53 peratus daripada KDNK.
"Daripada jumlah tersebut, RM502.9 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala baki RM16.5 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri," katanya.
Katanya jumlah hutang luar negeri yang rendah adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.
Najib berkata kerajaan terus melaksanakan dasar pengurusan hutang yang berhemat di mana pinjaman dibuat selepas mengambil kira kemampuan membayar balik.
Katanya sehingga kini, semua pembayaran balik hutang telah dibuat dengan teratur seperti yang dijadualkan.
"Bagi tahun lepas, jumlah bayaran balik pinjaman (prinsipal) adalah sebanyak RM62.2 bilion manakala jumlah bayaran faedah atau khidmat hutang adalah sebanyak RM19.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanjaan mengurus," katanya.
Bernama
Mon Oct 21 2013
Pemeriksaan imigresen di terminal feri Labuan mungkin dikaji semula susulan kebimbangan ekonomi
Ia berikutan kebimbangan mengenai kesannya terhadap ekonomi pulau bebas cukai itu, khususnya sektor pelancongan.
MAIWP peruntuk RM1.67 bilion, anggaran perbelanjaan 2025 - Mohd Na'im
MAIWP memperuntukkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1.67 bilion bagi tahun 2025, iaitu peningkatan sebanyak 4.43 peratus berbanding tahun lepas berjumlah RM1.60 bilion.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.