awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
Cuaca sejuk ganggu perjalanan di Eropah Barat, ratusan penerbangan dibatalkan
Terbuka Malaysia: Semangkuk sup bersama Chong Wei suntik semangat Kunlavut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan komited kukuh usaha pelaksanaan WKB2030

Hilmi Malik
Hilmi Malik
29/09/2020
06:16 MYT
Kerajaan komited kukuh usaha pelaksanaan WKB2030
Balai Rakyat WKB2030 merupakan salah satu mekanisme bagi berkongsi maklumat terkini serta maklum balas rakyat Malaysia bertujuan mewujudkan dan melaksanakan dasar yang lebih berkesan. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal mengumumkan pelancaran portal Makmur Bersama yang bakal menjadi platform rakyat memberikan input serta cadangan berkenaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Selasa.
Dalam majlis sama beliau juga akan turut berkongsi kejayaan berhubung inisiatif tersebut serta wawasan beliau yang berterusan bagi WKB2030.
Setakat ini, lebih 400 rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat hadir ke Balai Rakyat WKB2030 anjuran Institut Masa Depan Malaysia (MASA) .
Institut MASA akan menjadi pemikir bagi membantu kerajaan dalam memperhalusi serta menambah baik WKB2030.
Balai Rakyat WKB2030 merupakan salah satu mekanisme bagi berkongsi maklumat terkini serta maklum balas rakyat Malaysia bertujuan mewujudkan dan melaksanakan dasar yang lebih berkesan .
WKB2030 dialncarkan pada tahun 2019 yang juga merupakan iltizam kerajaan bagi tempoh 10 tahun untuk membentuk Malaysia sebagai sebuah negara mampan dari sudut ekonomi.
Matlamat utama bagi WKB2030 adalah untuk menyediakan taraf hidup yang adil dan realistik kepada seluruh rakyat Malaysia menjelang 2030.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Malaysia
#Perdana Menteri
#ekonomi
#portal Makmur Bersama
#Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
#WKB2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan