Kerajaan komited penyasaran subsidi RON95, tolak cadangan Bank Dunia - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal komited melaksanakan mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95 menerusi program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), sekali gus menolak cadangan Bank Dunia supaya harga bahan api ditetapkan mengikut harga pasaran.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan terhadap program BUDI MADANI RON95 untuk mengekalkan penyasaran subsidi petrol RON95, menolak cadangan Bank Dunia untuk menaikkan harga mengikut pasaran.
- Penyasaran subsidi RON95 dipuji sebagai langkah berhemat yang memberi faedah kepada rakyat sambil menjimatkan perbelanjaan tanpa menimbulkan beban.
- Anwar menjelaskan bahawa melalui penyasaran subsidi secara menyeluruh, kerajaan berjaya memastikan rakyat terus menerima bantuan sambil mengurangkan ketirisan subsidi dan memperoleh penjimatan sekitar RM15.5 bilion setahun.
"Ini menunjukkan, pendekatan (kerajaan) yang lebih berhemat dan memberikan faedah kepada rakyat. Alhamdulillah, penyasaran subsidi RON95 di seluruh Malaysia ini sambutannya sangat baik dan positif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Negara, di sini hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata penyasaran subsidi secara menyeluruh itu memastikan bantuan terus dinikmati rakyat, di samping membanteras ketirisan subsidi kepada bukan warganegara serta kegunaan perniagaan.
"Ketika kerajaan menghentikan (pemberian) subsidi ayam dan telur, dan mengapungkan harganya, kerajaan memastikan harga kekal stabil, bekalan mencukupi dan rakyat tidak terkesan.
"Melalui pengapungan harga ayam dan telur, serta penyasaran subsidi elektrik, diesel dan RON95, kerajaan meraih penjimatan sekitar RM15.5 bilion setahun," kata Anwar.
Dalam pada itu, beliau berkata ketika pembentangan Belanjawan 2026, kerajaan memilih untuk tidak memperkenalkan cukai baharu, sebaliknya menumpukan kepada penambahbaikan tatakelola, penyasaran subsidi dan pengukuhan pematuhan cukai.
"Lazimnya, apabila perbelanjaan tambahan diumumkan, kerajaan akan memperkenalkan cukai baharu, tetapi di Malaysia peruntukan ditambah tanpa menambah cukai baharu kerana kita (melaksanakan) penyasaran subsidi dan beberapa langkah lain bagi penjimatan dan mengelakkan ketirisan.
"Jika kerajaan Persekutuan mengambil langkah sedemikian, saya menyeru kerajaan negeri supaya turut berbuat demikian dan berhati-hati agar sebarang tindakan dan cukai baharu tidak membebankan rakyat," katanya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



