PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan melaksanakan pengecualian dasar kabotaj untuk kapal-kapal asing yang terlibat dalam semua kerja membaiki kabel dasar laut.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata keputusan tersebut dibuat sebagai usaha menarik lebih banyak pelaburan asing dalam industri pusat data dan merancakkan pertumbuhan ekonomi digital.
Jelas beliau, ia diputuskan susulan pelbagai sesi libat urus dengan syarikat-syarikat gergasi teknologi maklumat antarabangsa dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.
"Susulan keputusan Jemaah Menteri pada hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk proses perwartaan.
"Tarikh kuatkuasa terhadap semua keputusan ini akan dimaklumkan kelak," katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Loke berkata dasar kementerian mempromosikan Pelabuhan Klang sebagai satu-satunya National Load Centre pada tahun 1990-an tidak lagi terpakai.
"Semua kapal tempatan dan asing yang melaksanakan perkhidmatan kargo dalam perairan Malaysia perlu memohon Lesen Perkapalan Dalam Negeri (DSL) atas faktor-faktor keselamatan negara.
"Namun begitu, proses permohonan DSL telah dipermudahkan dan akan diproses dalam tempoh tiga hari," tambah beliau.
Selain itu, Jemaah Menteri katanya turut memutuskan pelaksanaan semula dasar kabotaj untuk kapal-kapal yang menjalankan perkhidmatan kargo dari Semenanjung ke Sarawak.
Langkah berkenaan, kata Loke diambil atas permintaan Kerajaan Sarawak untuk menyokong pertumbuhan industri perkapalan tempatan yang terancam dengan pengecualian dasar kabotaj sejak 1 Jun 2017.
"Sebab pertamanya Sarawak mempunyai industri perkapalan yang sangat besar termasuk pembinaan kapal dan pembaikan kapal serta beberapa syarikat perkapalan Malaysia berpangkalan di Sarawak.
"Kerajaan Sarawak telah pun memberi maklum balas kepada Kementerian Pengangkutan bahawa dasar kabotaj kepada Sarawak telah pun membantutkan perkembangan industri perkapalan khususnya di Sarawak.
"Sebelum pengecualian dasar kabotaj, ada 12 syarikat perkapalan Malaysia yang aktif dalam perkhidmatan kargo. Tetapi selepas beberapa tahun, kita hanya tinggal lima syarikat yang aktif," jelasnya.
Bagi Sabah pula, Loke berkata pengecualian dasar kabotaj untuk kapal-kapal yang menjalankan perkhidmatan kargo dari Semenanjung ke negeri itu dan Wilayah Persekuan Labuan dikekalkan.
Katanya, keputusan berkenaan berlandaskan pendirian Kerajaan Sabah.
"Oleh kerana dasar kabotaj ini melibatkan bidang kuasa Persekutuan dan Negeri, kita perlu berunding dengan kedua-dua Kerajaan Sabah dan Sarawak.
"Kerajaan Sabah ada pendirian yang berlainan dan mereka ini mengekalkan pengecualian dasar kabotaj ini," kata Loke.
Jemaah Menteri juga bersetuju secara prinsip dengan cadangan peluasan Had Pelabuhan Desaru dan penentuan kawasan had pelabuhan Desaru yang baharu.
Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kajian Majlis Keselamatan Negara.
Astro Awani
Fri Mar 01 2024
Loke berkata keputusan tersebut dibuat sebagai usaha menarik lebih banyak pelaburan asing dalam industri pusat data dan merancakkan pertumbuhan ekonomi digital - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan laksana pengecualian dasar kabotaj kapal asing baiki kabel dasar laut - Loke
Susulan keputusan Jemaah Menteri pada hari ini, Kementerian Pengangkutan akan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk proses perwartaan.