KUALA LUMPUR: Kerajaan melanjutkan pemberian 1 gigabait (GB) data harian percuma kepada semua pelanggan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama hingga 1 Julai ini.
Menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pemberian data itu telah dilanjutkan beberapa kali dan sepatutnya tamat pada 30 April ini.
Antara syarikat terlibat termasuk Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan Telekom Malaysia (TM).
"Lanjutan terbaharu ini dibuat sebagai sokongan tambahan kepada rakyat, memandangkan situasi pandemik COVID-19 di negara ini masih belum stabil.
"Lebih-lebih lagi untuk membantu pelajar-pelajar sekolah beralih semula kepada Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selepas Aidilfitri seperti yang telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan baru-baru ini.
"Kuota harian 1GB percuma adalah tambahan kepada pakej langganan data sedia ada dan boleh digunakan untuk mengakses platform sidang video serta menguruskan bahan-bahan pengajaran menerusi e-mel sepanjang hari tanpa sekatan waktu," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Bagaimanapun, kenyataan itu menambah, data itu tidak terpakai untuk melayari media sosial, penstriman video, penstriman muzik dan permainan dalam talian.
Sementara itu, YTL Communications Sdn Bhd (YTL) juga terus menyokong sistem pendidikan dengan melanjutkan inisiatif Learn From Home (LFH) sehingga 30 September 2021 dan turut merangkumi penuntut institusi pengajian tinggi.
"Pakej istimewa ini menyediakan kad SIM percuma dengan data sebanyak 40GB, kandungan percuma dan telefon pintar percuma untuk pelajar daripada keluarga B40.
"MCMC berharap lanjutan pemberian 1GB data percuma harian hingga 31 Julai 2021 dan sokongan lain yang disediakan akan sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada rakyat untuk menghadapi perubahan norma baharu dalam pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.
"Kerajaan akan terus menggerakkan inisiatif-inisiatif seperti Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pelan Tindakan MyDIGITAL untuk memastikan agenda pembangunan yang berteraskan digitalisasi dilaksanakan secara inklusif tanpa ada golongan yang terpinggir," ujarnya.
Afiezy Azaman
Fri Apr 30 2021
Menurut Jabatan Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pemberian data itu telah dilanjutkan beberapa kali dan sepatutnya tamat pada 30 April ini.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
MCMC diminta teliti semula reka bentuk tapak menara JENDELA - Fahmi
Fahmi berkata ini berikutan terdapat sesetengah menara yang menjadi mangsa vandalisme dan juga terlibat dengan bencana banjir.
PDRM sokong MCMC perkenal INSG
Polis menyokong penuh langkah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkenalkan Garis Panduan Keselamatan Maklumat dan Rangkaian untuk Industri Komunikasi dan Multimedia (INSG).
MCMC siap siaga tangani masalah telekomunikasi akibat gelombang kedua banjir - Fahmi
MCMC kini bersiap siaga menangani sebarang isu liputan telekomunikasi di kawasan terjejas menjelang gelombang kedua banjir yang diramalkan bermula hari ini.
MCMC perkenal garis panduan keselamatan maklumat dan rangkaian untuk memperkukuh keselamatan siber
MCMC berkata INSG berfungsi sebagai satu kerangka amalan terbaik dan tidak mandatori buat ketika ini.
446 tapak stesen pemancar komunikasi diperkasakan seluruh negara
Sebanyak 446 tapak stesen pemancar komunikasi telah diperkasakan (hardened) di seluruh negara oleh syarikat telekomunikasi di lokasi dikenal pasti berisiko tinggi dinaiki air.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
MCMC arah pengendali media sosial turunkan audio, video dakwaan rasuah ADUN
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengarahkan pengendali media sosial untuk menurunkan audio dan video berhubung dakwaan rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkaitan
Astro tegas menentang pencerobohan digital
Astro menggiatkan usaha memerangi pencerobohan digital melalui langkah-langkah yang signifikan pada separuh pertama tahun kewangan (FY) 2025.