awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei ini - PM Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/05/2020
07:10 MYT
Kerajaan lanjutkan tempoh rayuan BPN sehingga 31 Mei ini - PM Muhyiddin
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat mengenai sebab penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa. - Gambar hiasan
Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sehingga 31 Mei, 2020.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira rungutan rakyat mengenai sebab penolakan yang dianggap tidak relevan dengan situasi semasa.
“Ada yang permohonannya ditolak kerana dalam rekod menunjukkan pendapatan melebihi syarat kelayakan. Tetapi mereka sebenarnya telah hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan.
“Ada juga antara yang memohon adalah pelajar yang telah menerima bantuan BPN bagi kategori 9 pelajar. Jadi permohonan mereka untuk mendapatkan bayaran BPN bagi kategori bujang ditolak,” katanya dalam perutusan khas di Putrajaya, hari ini.
Perdana Menteri berkata, selain menghantar e-mel, para pemohon yang mana permohonan mereka tidak diluluskan boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN untuk membuat rayuan bermula hari Isnin 11 Mei 2020.
Bagi negeri-negeri yang bercuti esok, katanya lagi, pemohon boleh pergi ke kaunter LHDN pada hari Selasa 12 Mei 2020.
“Saya tak berjanji semua rayuan boleh diluluskan. Tetapi mana-mana rayuan yang memenuhi syarat dan munasabah, insyaAllah boleh diluluskan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, beliau ingin memaklumkan sehingga semalam (10 Mei) kerajaan telah meluluskan 2.3 juta permohonan BPN, termasuk permohonan baharu dan rayuan, yang melibatkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM1.7 bilion.
Dengan kelulusan tersebut, beliau berkata, jumlah penerima BPN setakat ini ialah 10.6 juta orang yang melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Topic Berkaitan
#Bantuan Prihatin Nasional
#BPN
#hilang
#kerajaan
#LHDN
#menteri
#Muhyiddin Yassin
#pelajar
#Perdana Menteri
#Putrajaya
#rakyat
#rayuan
#tempoh rayuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan