awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar

Bernama
Bernama
19/04/2024
13:12 MYT
Kerajaan lihat keperluan rangka dasar, pinda perundangan mesra pelabur dan AI - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melihat keperluan bagi merangka dasar dan meminda sebarang perundangan yang berkaitan teknologi kecerdasan buatan (AI) agar Malaysia sentiasa mesra pelabur dan dapat menyokong perkembangan infrastruktur teknologi tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, beliau berkata aspek keselamatan data perlu diberikan keutamaan.
"Malaysia perlu segera mengadaptasi landskap ekonomi semasa untuk terus berkembang supaya sentiasa kompetitif dalam rantau ini dengan menarik pelaburan daripada syarikat dalam sektor teknologi, AI dan blockchain," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau ,hari ini.
Anwar berkata Malaysia telah mempunyai Pelan Hala Tuju Kecerdasan Buatan Negara 2021-2025 dan Pelan Hala Tuju Teknologi Blockchain Negara 2021-2025 sebagai satu hala tuju yang berpotensi mempercepatkan adaptasi AI dalam sektor awam dan swasta.
"Kerajaan MADANI komited untuk memacu perkembangan ekonomi negara khususnya dalam sektor-sektor berimpak tinggi dan inovasi serta menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif," kata beliau.
Beliau berkata sedemikian susulan perbincangan yang diadakan pagi ini menerusi persidangan video dengan pengasas bersama syarikat Tools for Humanity (TFH) Sam Altman dan Alex Blania, serta Ole Ruch dari Nordstar yang turut disertai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Anwar berkata, perbincangan yang berlangsung kira-kira 30 minit itu menyentuh beberapa perkara berkaitan dengan kemajuan teknologi yang berkembang pantas.
"TFH turut memaklumkan perkembangan projek Worldcoin, inisiatif terkini berkaitan identiti dan rangkaian kewangan global serta inklusif dengan mengutamakan ciri-ciri kerahsiaan dan memberi perlindungan kepada informasi persendirian," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kecerdasan buatan
#AI
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#mesra pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan