awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah

Bernama
Bernama
16/07/2024
07:55 MYT
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang melihat semula semua perjanjian yang ada berkaitan isu penjualan air mentah kepada Singapura pada kadar 3 sen (SGD 0.01) bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata perkara itu, sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
"Kena tanya balik Tun Mahathir, masa dia jadi perdana menteri dulu perkara itu masih berlaku.
"Sama ada kita beri subsidi atau tidak, kita sedang melihat balik semua perjanjian yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Water Malaysia Specialised Conference and Exhibition 2024, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, Jumaat lepas bahawa Malaysia memberi 'subsidi' kepada Singapura sejak 61 tahun lalu dengan menjual air mentah sebanyak 250 juta gelen sehari dengan kadar hanya 3 sen (SGD 0.01) sahaja bagi setiap 1,000 gelen sejak tahun 1962.
Perjanjian Air Sungai Johor pada 1962 yang akan berakhir pada 2061, memberikan Singapura 250 juta gelen air mentah sehari pada harga 3 sen bagi setiap 1,000 gelen dan Malaysia membeli semula air yang dirawat pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fadillah Yusof
#isu penjualan air mentah kepada Singapura
#Mahathir Mohamad
#Perjanjian Air Sungai Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan