PUTRAJAYA: Kerajaan telah memberi kelulusan kepada 37 syarikat untuk mengimport 285,700 tan metrik bekalan gula putih bertapis sepanjang tahun ini, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
KPDN dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan kelulusan itu merupakan satu langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan gula dengan memudah cara proses kelulusan permit import (AP) gula putih bertapis.
Menurut KPDN, kerajaan juga bersetuju membenarkan syarikat pengimport membungkus gula berkenaan dalam pek satu kilogram untuk pasaran runcit dan dijual pada harga kawalan semasa iaitu RM2.85 sekilogram (gula kasar) dan RM2.95 sekilogram (gula halus).
"KPDN ingin menegaskan bahawa bekalan gula putih bertapis dalam negara adalah mencukupi untuk kegunaan industri dan domestik," menurut kenyataan itu.
Mengenai bekalan gula bertapis bagi pek sekilogram dan 2 kilogram yang juga dikenali sebagai 'gula rakyat', KPDN komited memastikan bekalan itu diedarkan sekurang-kurangnya 42,000 tan metrik setiap bulan oleh MSM Malaysia Holdings Bhd dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi menampung keperluan rakyat termasuk penjaja serta peniaga kecil.
Menurut KPDN, jumlah minimum tersebut adalah mencukupi bagi keperluan isi rumah yang dianggarkan penggunaan sebulan iaitu sebanyak 20,800 tan metrik.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
KPDN memaklumkan kelulusan itu satu langkah proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan gula dengan memudah cara proses kelulusan AP gula putih bertapis. - Gambar hiasan
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga colek diberi amaran jangan naik harga sewenang-wenangnya
Pemantauan dijalankan pihaknya terutama di premis perniagaan yang tidak meletakkan tanda harga atau mengelirukan pelanggan.
KPDN akan pastikan peruntukan dibelanja tanpa sebarang ketirisan - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata setiap sen daripada peruntukan itu akan disalurkan bagi program-program menangani isu kos sara hidup.
Pembayaran tanpa tunai: Insentif buat peniaga, pengunjung Bazar Rahmah sempena Ramadan - KPDN
Insentif RM50 kepada peniaga yang tawarkan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai di lapan Bazar Rahmah di Terengganu sepanjang Ramadan ini.
MyCC sedia siasat unsur kartel dalam industri padi dan beras negara - Armizan
MyCC sentiasa terbuka untuk mengambil tindakan sewajarnya jika maklumat berkaitan perkara itu dapat disalurkan kepada pihaknya.
Sindiket penyelewengan diesel tumpas, lima ditahan
Empat lori lima tan, dua skid tank, 40 unit IBC tank, lima unit pam penyedut dan 44,000 liter cecair disyaki diesel turut disita.
KPDN teruskan penguatkuasaan Op Tiris khusus di bawah Akta 613
Op Tiris dilaksanakan KPDN bagi membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi.
Pembekal belum maklum punca ketiadaan diesel di stesen Petronas Sarawak - KPDN
KPDN Sarawak dalam kenyataan berkata mereka masih lagi menunggu kenyataan rasmi daripada pihak Petronas Dagangan Berhad.
Armizan lahir rasa bangga saksi legasi kecemerlangan kepimpinan Salahuddin
Armian menzahirkan perkara itu ketika memulakan sesi penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 bagi kementerian itu di Dewan Negara.
Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."
Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.