awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus RM1.215 bilion bagi Program Subsidi Upah 2.0 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
17/06/2021
08:34 MYT
Kerajaan lulus RM1.215 bilion bagi Program Subsidi Upah 2.0 - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, ia telah disalurkan kepada 74,075 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 645,522 pekerja. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.215 bilion di bawah Program Subsidi Upah (PSU) 2.0 setakat 4 Jun 2021, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata ia telah disalurkan kepada 74,075 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 645,522 pekerja.
Bagi Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan pula, sebanyak 137,593 pekerja berjaya mendapat pekerjaan setakat 4 Jun, katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-57, yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit.
Tengku Zafrul berkata bagi elaun khas barisan hadapan, kerajaan telah menyalurkan RM787.61 juta setakat 4 Jun, berdasarkan 2.193 juta tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik COVID-19.
Elaun khas itu juga diperluas kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta Jabatan Sukarelawan yang terlibat secara langsung dalam membantu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul
#PSU
#Program Subsidi Upah
#majikan
#Pekerja
#latihan
#LAKSANA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan