awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud

Bernama
Bernama
29/09/2022
20:07 MYT
Kerajaan lulus RM8.94 juta pertingkat akses internet di Kota Belud
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian. - Gambar fail BERNAMA
KOTA BELUD: Kerajaan meluluskan RM8.94 juta untuk pembinaan tujuh menara telekomunikasi baharu di Kota Belud tahun ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata inisiatif di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) akan dijalankan di Kampung Mandawang, Kampung Lugu, Kampung Pangi, Kampung Lasau Tintapon, Sekolah Kebangsaan Labuan, Sekolah Kebangsaan Gunsarai dan Kampung Lahanas Siba.
"Ini membuktikan komitmen kerajaan untuk meluaskan liputan dan menambah baik kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh daerah. Kita akan pastikan liputan jalur lebar turut dipertingkat untuk daerah Kota Belud. Bagi kawasan terpencil, mungkin kita akan gunakan satelit," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian ceramah Peningkatan Keselamatan dan Ekonomi bagi pengundi Kadamaian di Kampung Melangkap di sini semalam.
Salleh juga menyeru agar orang ramai memanfaatkan internet untuk menceburi perniagaan digital atau perniagaan dalam talian.
Sehubungan itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan membantu menyediakan kemudahan atau akses internet bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan dalam talian.
Kota Belud terletak di pantai barat Sabah, 70km di utara ibu negeri Kota Kinabalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salleh Said Keruak
#menara telekomunikasi
#Kota Belud
#Internet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan