MALAYSIA
Kerajaan MADANI komited kongsi kepakaran perkukuh ekosistem halal serantau
Mohd Na'im berkata kebanyakan negara ASEAN mempunyai kekuatan dari segi industri dan potensi besar untuk menjadi pemain utama dalam rantaian halal dunia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) komited memperkukuh pembangunan ekosistem halal serantau termasuk di Vietnam dengan berkongsi kepakaran, piawaian dan pengalaman bagi memberi nilai tambah kepada semua pihak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata lawatan rasmi ke Vietnam baru-baru ini memberi peluang kepada beliau menyaksikan sendiri bagaimana pemain industri di negara itu berusaha untuk mendapatkan dan memenuhi piawaian pensijilan halal.
"Satu penghormatan buat saya dapat bertemu dengan para pemain industri halal dan wakil badan pensijilan halal di Vietnam. Pertemuan ini adalah bukti kukuh komitmen Malaysia dalam memperkukuh hubungan dua hala kita khususnya dalam pembangunan industri halal.
"Seperti yang kita ketahui JAKIM telah mengiktiraf empat badan pensijilan halal di Vietnam. Pengiktirafan ini adalah cerminan kepercayaan negara terhadap integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam memastikan piawaian halal tertinggi dipatuhi," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Mohd Na'im berkata hubungan ekonomi kedua-dua negara juga amat kukuh dengan Vietnam sebagai rakan dagang ke-11 terbesar Malaysia.
"Semoga melalui kerjasama erat ini, kita dapat membuka lebih banyak pintu peluang dan membawa kemakmuran bersama untuk industri halal di rantau ini," katanya.
Menurut Mohd Na'im kebanyakan negara ASEAN mempunyai kekuatan dari segi industri dan potensi besar untuk menjadi pemain utama dalam rantaian halal dunia.
Justeru, beliau berkata pembangunan ekosistem halal bukan sahaja mampu meningkatkan daya saing industri dan menembusi pasaran baharu namun penting untuk penghasilan produk yang diyakini bersih, selamat dan patuh syariah bagi pengguna Muslim.
Beliau berkata pasaran halal global merangkumi sektor makanan, farmaseutikal, kosmetik dan produk gaya hidup dianggarkan melebihi AS$3 trilion menjelang 2028.
-- BERNAMA