MALAYSIA
Kerajaan MADANI komited tamatkan kemiskinan tegar suku pertama 2026 - PM Anwar
Anwar (foto) berkata kadar kemiskinan tegar di negara ini kini hanya tinggal 0.09 peratus, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada rakyat terpinggir daripada arus pembangunan negara. -Foto Bernama
PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf antara negara di dunia yang hampir menoktahkan kemiskinan tegar menerusi pelaksanaan dasar dan program berfokus rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Beliau berkata kadar kemiskinan tegar di negara ini kini hanya tinggal 0.09 peratus, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada rakyat terpinggir daripada arus pembangunan negara.
"Malaysia diiktiraf di dunia sekarang dari sudut kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar.
"Malaysia bersyukur kerana kemiskinan tegar kini tinggal 0.09 peratus sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini hari ini.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa baki 0.09 peratus itu mampu diselesaikan sepenuhnya pada suku pertama 2026, sekali gus menjadikan Malaysia bebas kemiskinan tegar sepenuhnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar itu merupakan pencapaian bersejarah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang melaksanakan program antaranya Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI dan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), yang dipantau secara langsung.
"Ini semua dengan maksud tidak ada kelompok yang tersisih dan tertinggal," katanya.
Perdana Menteri berkata pencapaian itu menggambarkan kejayaan dasar ekonomi MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat.
Program Rancakkan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat lepas, menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.
Program Rancakkan MADANI ialah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Malaysia diiktiraf sebagai negara hampir menoktahkan kemiskinan tegar menerusi dasar dan program berfokus rakyat di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
- Kadar kemiskinan tegar di negara ini kini hanya tinggal 0.09 peratus, menunjukkan keberkesanan pendekatan inklusif Malaysia dalam memastikan tiada rakyat terpinggir daripada arus pembangunan negara.
- Anwar yakin bahawa baki 0.09 peratus kemiskinan tegar akan diselesaikan sepenuhnya pada suku pertama 2026, menjadikan Malaysia bebas kemiskinan tegar sepenuhnya hasil kerjasama pelbagai pihak dalam pelaksanaan Program MADANI.
Beliau berkata kadar kemiskinan tegar di negara ini kini hanya tinggal 0.09 peratus, sekali gus menunjukkan keberkesanan pendekatan inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada rakyat terpinggir daripada arus pembangunan negara.
"Malaysia diiktiraf di dunia sekarang dari sudut kejayaan menoktahkan kemiskinan tegar.
"Malaysia bersyukur kerana kemiskinan tegar kini tinggal 0.09 peratus sahaja," katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku di sini hari ini.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa baki 0.09 peratus itu mampu diselesaikan sepenuhnya pada suku pertama 2026, sekali gus menjadikan Malaysia bebas kemiskinan tegar sepenuhnya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kadar itu merupakan pencapaian bersejarah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk kementerian, agensi dan kerajaan negeri yang melaksanakan program antaranya Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI dan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI), yang dipantau secara langsung.
"Ini semua dengan maksud tidak ada kelompok yang tersisih dan tertinggal," katanya.
Perdana Menteri berkata pencapaian itu menggambarkan kejayaan dasar ekonomi MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat.
Program Rancakkan MADANI selama tiga hari bermula Jumaat lepas, menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.
Program Rancakkan MADANI ialah kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara langsung kepada rakyat.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apa kadar kemiskinan tegar di Malaysia mengikut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim?
A: Kadar kemiskinan tegar di Malaysia kini hanya tinggal 0.09 peratus menurut kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Q: Apakah program MADANI yang disebutkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau?
A: Program MADANI termasuk Kampung Angkat MADANI, Sekolah Angkat MADANI, dan Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) yang dipantau secara langsung. - Q: Apa yang Perdana Menteri nyatakan sebagai matlamat Malaysia dalam menangani kemiskinan tegar?
A: Perdana Menteri menyatakan keyakinan bahawa Malaysia mampu menyelesaikan baki 0.09 peratus kemiskinan tegar pada suku pertama 2026, menjadikan negara ini bebas daripada kemiskinan tegar sepenuhnya. - Q: Apakah yang ditonjolkan dalam Program Rancakkan MADANI yang diadakan baru-baru ini?
A: Program Rancakkan MADANI menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga, dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai selama tiga hari. - Q: Apakah yang disebut sebagai kejayaan dasar ekonomi MADANI yang ditekankan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim?
A: Perdana Menteri menyatakan kejayaan dasar ekonomi MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan kesejahteraan rakyat sebagai faktor penting dalam menangani kemiskinan tegar.