awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi sederhana landa Midanao, Filipina
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI lulus RM350,000 naik taraf dua pusat pendidikan Islam

Astro Awani
Astro Awani
30/01/2026
01:40 MYT
Kerajaan MADANI lulus RM350,000 naik taraf dua pusat pendidikan Islam
Menurut Farhan (lima, kiri), komitmen ini diterjemahkan secara jelas menerusi Belanjawan 2026 apabila sebanyak RM2.6 bilion diperuntukkan bagi memperkukuh pendidikan Islam. - Foto Facebook/Farhan Fauzi
KUANTAN: Keputusan Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan RM350,000 bagi menaik taraf Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa dan Ribath Az-Zahra Al-Batul di Sungai Karang Pantai, di sini adalah bukti komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh pendidikan Islam di negara ini.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, kelulusan itu dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas meneliti keperluan mendesak dua pusat pendidikan yang dikendalikan Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab tersebut.
"Perdana Menteri amat prihatin terhadap keadaan fasiliti di kedua-dua pusat pendidikan ini. Atas dasar itu, beliau bersetuju supaya peruntukan RM350,000 disalurkan segera bagi kerja pembinaan dan baik pulih infrastruktur yang diperlukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Farhan berkata, lawatan kerja ke pusat pendidikan berkenaan turut disertai Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razihan Adzharuddin, bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai keperluan di lapangan.
Menurut beliau, keputusan menyalurkan bantuan itu selaras keutamaan Belanjawan 2026, yang memperuntukkan RM2.6 bilion untuk memperkukuh pendidikan Islam termasuk institusi tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok.
“Kerajaan MADANI sentiasa menitikberatkan pembangunan insan secara holistik, termasuk menyediakan ekosistem pembelajaran agama yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada pelajar,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap penambahbaikan fasiliti itu akan membantu meningkatkan kualiti pengajian serta menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi muda berilmu dan berakhlak.
“Ini bukan sekadar soal pembinaan fizikal, tetapi pelaburan terhadap masa depan anak-anak kita dan perkembangan institusi pendidikan Islam di negara ini,” katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Kerajaan Madani
#Farhan Fauzi
#pusat pendidikan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan