awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar

Bernama
Bernama
30/12/2025
13:51 MYT
Kerajaan MADANI martabat Islam dalam tadbir urus negara - PM Anwar
Setiap langkah memartabatkan Islam perlu dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat kepada umat dan kemanusiaan seluruhnya. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI meneruskan usaha memartabatkan Islam berpaksikan nilai ihsan, keadilan dan kebijaksanaan, bukan sekadar sebagai identiti, tetapi juga sebagai asas dalam tadbir urus dan kepimpinan negara sepanjang tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di X hari ini, Anwar berkata usaha berkenaan diperkukuh menerusi pertemuan dan wacana bersama-sama para ulama tersohor dari dalam dan luar negara yang berlangsung dalam suasana saling menghormati serta penuh kepercayaan.
Beliau berkata pertemuan berkenaan menjadi ruang pertukaran pandangan secara jujur tentang cabaran umat serta peranan kepimpinan Islam dalam dunia yang kian teruji.
"Saya menegaskan keperluan agar pimpinan Islam tampil lebih tegas dan berani dalam perkara yang menyentuh kepentingan umat, serta terlibat secara aktif mencari penyelesaian yang adil dan bermaruah, termasuk dalam memperjuangkan hak kemanusiaan saudara kita yang terus menderita di Gaza," kata Anwar.
Perdana Menteri turut berdoa agar setiap langkah memartabatkan Islam, dipandu amanah dan kebijaksanaan, serta membawa manfaat kepada umat dan kemanusiaan seluruhnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kerajaan
#madani
#Martabat Islam
#tadbir urus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan