MALAYSIA
Kerajaan MADANI perluas pasaran eksport dan kerjasama teknologi global
Chin Tong berkata hala tuju Perdana Menteri adalah untuk membuka dan memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia bukan sahaja dengan negara Barat, tetapi juga dengan negara-negara membangun yang berpotensi tinggi. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI kini giat memperluas pasaran eksport serta memperkukuh kerjasama teknologi dengan negara-negara membangun, termasuk negara BRICS dan benua Afrika, sebagai langkah strategik menghadapi perubahan landskap perdagangan global.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong, menyatakan demikian ketika menjawab soalan Datuk Wira Ku Abdul Rahman Ku Ismail (PN–Kubang Pasu) dalam sesi Dewan Rakyat pada Isnin.
Menurut beliau, hala tuju Perdana Menteri adalah untuk membuka dan memperkukuh hubungan perdagangan Malaysia bukan sahaja dengan negara Barat, tetapi juga dengan negara-negara membangun yang berpotensi tinggi seperti Brazil, India, Pakistan dan Bangladesh.
“Kita mungkin perlu terima hakikat bahawa kebergantungan terhadap Amerika Syarikat sebagai destinasi eksport utama mungkin akan berakhir. Maka kita perlukan pasaran baharu dan rakan kongsi baharu,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa Perdana Menteri akan mengadakan lawatan rasmi ke Afrika pada bulan November sebagai sebahagian daripada usaha memperluas jaringan perdagangan dan pelaburan Malaysia.
Dalam konteks pelaburan luar negara, kerajaan turut mempertimbangkan insentif kepada syarikat tempatan untuk membuka kilang di negara seperti Kenya, yang menawarkan kadar tarif sifar hingga 10 peratus di bawah sistem African Growth and Opportunity Act (AGOA).
MITI juga sedang merundingkan Memorandum Kerjasama dalam bidang semikonduktor bersama Brazil dan India, selain memperkukuh hubungan teknologi dan pemindahan kepakaran dengan negara-negara membangun lain.
Langkah ini dilihat sebagai strategi penting dalam memperkukuh daya saing Malaysia di pasaran global, sambil membina kerangka kerjasama teknologi yang mampan untuk masa depan.
Ringkasan AI
- Kerajaan MADANI giat perluas pasaran eksport dan kerjasama teknologi, fokus kepada negara BRICS dan Afrika sebagai strategi perdagangan baharu.
- Malaysia kurangkan kebergantungan kepada AS, dan tingkatkan hubungan dengan negara membangun seperti Brazil, India, Pakistan dan Bangladesh.
- Lawatan rasmi ke Afrika dan rundingan teknologi sedang berlangsung, termasuk cadangan kilang di Kenya dan kerjasama semikonduktor dengan Brazil dan India.