awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan MADANI terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama - PM Anwar

Bernama
Bernama
30/10/2024
15:00 MYT
Kerajaan MADANI terus iltizam bela kebajikan rakyat tanpa kira bangsa, agama - PM Anwar
Anwar turut berkongsi mengenai program Ahmad Farhan yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan semalam sempena Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Pelbagai bantuan yang disalurkan Kerajaan MADANI kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa mahupun agama adalah selaras dengan iltizam untuk memastikan kebajikan setiap rakyat kekal terbela, tidak tercicir atau dipinggirkan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata bantuan itu antara lain termasuklah sumbangan kepada masyarakat India terutamanya golongan miskin tegar dan yang memerlukan.
Menerusi hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai program Setiausaha Politik beliau Datuk Ahmad Farhan Fauzi yang menyantuni masyarakat India di sekitar Parlimen Indera Mahkota di Kuantan semalam sempena Majlis Penyampaian Baucar Deepavali 2024.
"Dalam majlis ini, saudara Farhan telah menyampaikan baucar 'Jom Shopping Deepavali 2024' kepada 135 penerima bagi membawa keceriaan buat mereka sempena sambutan Deepavali tahun ini," kata Perdana Menteri.
Deepavali atau pesta cahaya akan disambut penganut Hindu esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Facebook
#Kerajaan Madani
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan