awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mahu hentikan monopoli pembekalan barangan keperluan seharian - Tun Mahathir

Firdaus Azil
Firdaus Azil
25/03/2019
06:35 MYT
Kerajaan mahu hentikan monopoli pembekalan barangan keperluan seharian - Tun Mahathir
Kerajaan sedang merangka jalan untuk menghentikan monopoli pihak tertentu dalam barangan keperluan harian, seperti beras contohnya, kata Tun Mahathir. - Astro AWANI / Shahir Omar
Kerajaan sedang merangka jalan untuk menghentikan monopoli pihak tertentu dalam barangan keperluan harian, seperti beras contohnya, dalam usaha menangani isu kos sara hidup yang membebankan rakyat, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Namun, jelasnya lagi, perkara itu harus dilakukan dengan berhati-hati kerana, sekiranya tidak dilakukan dengan betul, ia dikhuatiri akan meningkatkan persaingan yang hebat, dan akhirnya menjurus kepada masalah bekalan tidak mencukupi.
“Jadi kita ingin hentikan monopoli... tetapi untuk kita gantikan monopoli ini, kita tidak boleh hadkan kepada jumlah pengimport yang sedikit saja. Banyak, terlalu banyak. Tapi ada orang yang cekap dan mempunyai kewangan yang cukup mereka boleh tender untuk membekalkan kita dengan beras umpamanya.
“Kita perlu berhati-hati, kerana kadang-kadang apabila persaingan yang hebat berlaku antara mereka yang mendapat kontrak dan sebagainya, maka ini membawa kita kepada bekalan yang tidak mencukupi,” katanya sewaktu dialog sempena Majlis Perhimpunan CUEPACS bersama Perdana Menteri di Universiti Putra Malaysia, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau berharap agar langkah kerajaan menghentikan monopoli pihak-pihak tertentu itu akan memberikan kesan positif kepada kos sara hidup rakyat
Namun, beliau juga berharap agar rakyat dapat membantu kerajaan dengan melaporkan sebarang kenaikan harga tidak terkawal barangan keperluan harian, seandainya pemberhentian monopoli itu dilaksanakan kelak.
Topic Berkaitan
#cuepacs
#kerajaan
#kos sara hidup
#Malaysia Baharu
#Menjelang Setahun Malaysia Baharu
#monopoli
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#rakyat
#Tun M
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan