BERA: Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkasa Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) bertujuan merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan mengadaptasi ekonomi digital terutamanya pembayaran tanpa tunai di negara ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana perkembangan penggunaan ekonomi digital luar bandar khususnya dalam sektor peruncitan yang melibatkan ramai peniaga kecil dan penjaja masih jauh jika dibandingkan di bandar.
Bagi meningkatkan kesedaran pengguna dan golongan tersebut untuk beralih kepada penggunaan e-dompet, kerajaan, kata beliau, memperuntukkan RM2 juta ringgit untuk inisiatif e-voucher Program Jualan Malaysia bermula 30 Ogos hingga 31 Disember depan.
"Bagi memastikan agenda digitilisasi, khususnya, penggunaan e-dompet dalam kalangan para pengguna peniaga akan diperluaskan di kawasan luar bandar termasuk kita di Bera,” kata Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran ReDI peringkat Kebangsaan dan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong Bera, di sini, pagi ini.
Hadir sama, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
E-voucher Program Jualan Malaysia itu, kata Perdana Menteri, boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker yang disediakan oleh (KPDNHEP) bagi meringankan beban kewangan dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.
Sempena pelancaran ReDi hari ini, ujar beliau, insentif e-dompet sebanyak RM20 akan diberikan kepada 1,000 orang selain e-dompet sebanyak RM100 bagi 1,500 kumpulan sasar terpilih dari setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Bera.
Dalam pada itu, Program Jualan Keluarga Malaysia telah dijenamakan semula kepada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) dan diperluaskan ke 600 kawasan DUN seluruh negara dan 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia itu bermula pada minggu ketiga bulan Ogos 2022 sehingga bulan Disember 2022 dengan menawarkan pengurangan harga barangan keperluan harian sehingga 20 peratus berbanding harga pasaran semasa.
Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera turut mengumumkan pembukaan pejabat KPDNHEP Cawangan Bera yang dijangka memulakan operasinya pada Januari 2023 bagi memudahkan penduduk setempat berurusan dengan kementerian berkenaan dengan lebih cepat dan selesa.
"Sempena majlis pelancaran ini saya ingin mengumumkan kepada orang Bera, mulai Januari ini sebuah pejabat pintar ataupun smart office KPDNHEP yang pertama di Malaysia lengkap dengan kemudahan digitalisasi terkini akan beroperasi di Parlimen Bera bagi kemudahan pengguna dan peniaga," kata Perdana Menteri.
Astro Awani
Sat Aug 27 2022
Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan orang ramai pada Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan Peringkat Kabangsaan dan Penjenamaan Semula Jualan Murah Keluarga Malaysia di Dataran Kerayong hari ini. - Gambar BERNAMA
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
5,321 peniaga telah berdaftar menerusi ReDI - Nanta
Program ReDI yang bertujuan merapatkan jurang digital terutama peniaga di kawasan luar bandar, menyasarkan 15,000 peniaga untuk berdaftar menjelang 2025.
Kerajaan mahu perkasa ReDI kawasan luar bandar - PM
ReDI bertujuan rapatkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan mengadaptasi ekonomi digital terutama pembayaran tanpa tunai.
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi bawa kesan positif - PM
Ia menyaksikan kenaikan harga lebih terkawal dengan jaminan rantaian bekalan makanan dan barangan lebih meyakinkan.
ReDI pastikan agenda digitalisasi diperluas ke luar bandar - PM
ReDI merupakan langkah proaktif yang tepat pada masanya dan turut disokong Bank Negara Malaysia dalam mewujudkan masyarakat digital.