awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mahu wujud lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti - Rina Harun

Bernama
Bernama
02/08/2020
20:00 MYT
Kerajaan mahu wujud lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti - Rina Harun
Rina Harun berkata setakat ini, Pusat Kesihatan Komuniti pertama telah diwujudkan di Johor Bahru yang dikenali sebagai Azlinda Unity Wellness. - Gambar fail/Astro AWANI
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bercadang mewujudkan lebih banyak Pusat Kesihatan Komuniti di seluruh negara bagi membolehkan masyarakat mendapat akses kepada amalan hidup sihat dengan lebih mudah dan murah.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata setakat ini, Pusat Kesihatan Komuniti pertama telah diwujudkan di Johor Bahru yang dikenali sebagai Azlinda Unity Wellness Centre (AUWC).
"Kalau boleh di peringkat permulaan, satu di setiap negeri. Ini inisiatif yang baik kerana Pusat Kesihatan Komuniti ini menyediakan perkhidmatan percuma melibatkan sesi perundingan dan senaman dengan peralatan gimnasium kepada golongan masyarakat yang menderita empat penyakit iaitu darah tinggi, diabetis, jantung dan obesiti.
"Bagi mereka yang tidak mempunyai empat penyakit berkenaan, mereka hanya dikenakan bayaran RM50 bagi 12 sesi perundingan serta senaman yang diselia pakar kesihatan dan pemakanan bertauliah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan AUWC di Balai Raya Taman Suria di sini pada Ahad.
Beliau berkata pusat kesihatan komuniti itu akan dibuka setiap hari, kecuali Ahad, bermula 9 pagi hingga 6 petang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azlinda Unity Wellness Centre
#COVID-19
#Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
#Pusat Kesihatan Komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan