Kerajaan optimis mampu menjadikan lebuh raya di negara ini bebas bayaran tol, namun ia akan mengambil masa, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Malah, katanya pada masa ini kerajaan berusaha menyediakan lebuh raya tanpa tol seperti Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta Lebuhraya Utama Tengah atau Central Spine Road (CSR) yang melalui Pahang ke Kelantan, bagi memenuhi keperluan tanpa membebankan rakyat.
"Kerajaan juga mengkaji struktur dan juga kadar tol melalui pelbagai inisiatif seperti penangguhan kenaikan kadar tol yang dilaksanakan beberapa kali dan seterusnya melaksanakan pemansuhan beberapa tol seperti yang telah kerajaan Barisan Nasional (BN) lakukan sekarang.
"Ketika ini kerajaan juga telah banyak melakukan beberapa penambahbaikan terhadap terma-terma dalam perjanjian konsesi bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, kepentingan kerajaan dapat dipelihara dan pada masa sama, berlaku adil kepada syarikat konsesi berbanding dengan terma perjanjian di bawah legasi kepimpinan yang terdahulu," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Rosnah berkata demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) mengenai pemansuhan tol yang bukan mustahil dilaksanakan kerajaan memandangkan empat buah tol sudah dimansuhkan iaitu Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Selangor; Bukit Kayu Hitam, Kedah; dan Eastern Dispersal Link, Johor.
Mengulas lanjut, Rosnah berkata kerajaan juga mewujudkan klausa 'exit' yang memperuntukkan sekiranya pihak syarikat konsesi mencapai IRR (Kadar Pulangan Dalaman), perjanjian konsesi boleh ditamatkan lebih awal.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Dis 2017, terdapat 31 lebuh raya bertol di negara ini.
Katanya kos operasi dan penyelenggaraan tahunan berdasarkan kos semasa pada 2016 ialah RM6.82 juta hingga RM1.5 bilion bagi setiap lebuh raya yang perlu ditanggung oleh syarikat konsesi.
"Kos tersebut bergantung kepada antaranya panjang lebuh raya, geometrik lebuh raya, jumlah trafik dan faktor geografi," katanya.
Katanya jumlah kutipan tol oleh syarikat konsesi pada 2016 adalah antara RM27 juta hingga RM2.867 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 08 2018
Rosnah berkata kerajaan juga mewujudkan klausa 'exit' yang memperuntukkan sekiranya syarikat konsesi lebuh raya mencapai IRR, perjanjian konsesi boleh ditamatkan lebih awal. - Gambar hiasan
Nahas helikopter di Lumut tidak jejas operasi TLDM - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Panglima Tentera Laut ketika ini sedang menyusun atur segala keperluan bagi mengimbangi kekurangan yang berlaku terutama di Pangkalan Lumut dan Sepanggar.
Rumah terbuka santunan kasih syawal TPM
Rumah Terbuka Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sudah menjadi tradisi bagi merai dan menyantuni masyarakat pelbagai kaum dan Astro AWANI berkesempatan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Akta laut wilayah masih sah dan terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, melainkan ia diisytiharkan sebaliknya oleh mahkamah.
Pengusaha stesen minyak terima ugutan digesa lapor kepada polis - Menteri
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
PRK Kuala Kubu Baharu: SPR tubuh dua pasukan penguat kuasa kempen
SPR menubuhkan dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Ancaman Israel untuk serang Rafah boleh cetuskan konflik dengan Mesir
Ancaman tentera Israel untuk menyerang Bandar Rafah di Semenanjung Gaza, Palestin boleh mencetuskan konflik dengan Mesir, kata Duta Mesir ke India Wael Mohamed Awad Hamed.
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
UNDP, Malaysia teruskan kerjasama pemantapan institusi legislatif, pembangunan bakat dan belia
Johari dan Xu terlibat dalam perbincangan yang membuahkan hasil positif dalam pelbagai bidang khususnya mengenai pemerkasaan Parlimen.
Enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu kosongkan kerusi - Nazri
Beliau menegaskan perkara itu merupakan asas utama akta tersebut dicadangkan dan dibentangkan di parlimen pada tahun 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Mac 2024.
Dewan Rakyat ditangguh selepas 19 hari bersidang
Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Feb lepas.
Parlimen: 2.1 juta murid manfaatkan penggunaan DELIMa
Inisiatif itu mengandungi pelbagai perkhidmatan, aplikasi dan kandungan yang ditambah baik secara berterusan sesuai dengan perkembangan teknologi yang terkini.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Parlimen: Cadangan pindaan Akta Rukun Tetangga sedang dikemas kini - Saraswathy
Beliau berkata pindaan itu akan memberikan lebih fokus kepada inisiatif rukun tetangga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
Parlimen: Hasil kerajaan diunjur meningkat kepada RM312.2 bilion pada 2024
Hasil kerajaan Persekutuan pada tahun ini diunjurkan meningkat kepada RM312.2 bilion selepas mengambil kira langkah cukai Belanjawan 2024, disumbangkan kutipan hasil cukai yang lebih tinggi.
265 taska tempat kerja berdaftar dengan JKM tahun lepas
Sebanyak 265 taman asuhan kanak-kanak (Taska) di tempat kerja berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di seluruh negara sepanjang tahun lepas membabitkan agensi kerajaan dan swasta.
Gaji guru Pasti: Semua kena patuh Akta Kerja 1955 - KPM
Sebelum ini, tular satu memo daripada JTKSM mengenai arahan siasatan pemeriksaan berkanun terhadap Pasti.