Kerajaan mansuh cukai pelancongan ke atas warganegara - Nazri

Harits Asyraf Hasnan
Julai 26, 2017 04:27 MYT
Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Cukai Pelancongan itu hanya dikenakan kepada pelancong asing pada kadar purata RM10 bagi semua kelas hotel. -Gambar fail
Kerajaan membuat keputusan memansuhkan Cukai Pelancongan ke atas rakyat Malaysia berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Cukai Pelancongan itu hanya dikenakan kepada pelancong asing pada kadar purata RM10 bagi semua kelas hotel.
"Saya sebut dengan jelas iaitu bahawa kita mengenakan RM10 kepada (penginap warganegara asing) daripada hotel (bertaraf) lima bintang kepada tiada bintang.
"Jelas sekali saya sebut bahawa rakyat Malaysia tidak perlu membayar cukai (pelancongan) daripada hotel bertaraf lima bintang hingga kepada tiada bintang," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas beliau lagi, Kerajaan menyasarkan anggaran kira-kira RM211 juta setahun menerusi pelaksanaan Cukai Pelancongan.
Tambahnya, RM1 daripada RM10 yang dikutip akan dipulangkan kepada Kerajaan Negeri bagi menggalak dan melaksanakan promosi pelancongan.
#Anthony Loke #cukai pelancongan #Datuk Seri Nazri Aziz #pelancong #warga Malaysia