awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan mulakan siasatan ketirisan data peribadi 5 juta penumpang AirAsia - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2022
11:37 MYT
Kerajaan mulakan siasatan ketirisan data peribadi 5 juta penumpang AirAsia - Fahmi
Fahmi berkata siasatan itu dibuat dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital-A. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) memulakan siasatan berhubung insiden ketirisan data peribadi lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia akibat digodam oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.
Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, siasatan itu dibuat dengan mengadakan perbincangan dengan pengurusan Capital A yang merupakan syarikat induk kepada AirAsia pada 1 Disember lepas.
Berdasarkan siasatan awal, serangan siber ke atas sistem pelayan AirAsia berlaku pada 12 November 2022 yang berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware).
Susulan perbincangan tersebut, Capital A diarahkan untuk mengemukakan dokumen keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan dengan siasatan kes ini.
"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca pencerobohan dan impak keseluruhan insiden yang berlaku.
"Bagaimanapun perincian berhubung kes tidak dapat didedahkan kepada umum buat masa ini sementara siasatan masih dijalankan bagi mengelakkan implikasi perundangan serta mengganggu siasatan," katanya.
Fahmi, pada masa yang sama, menggesa semua pengguna data sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan memastikan infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian dikemas kini dan selamat.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Fahmi Fadzil
#ketirisan data peribadi
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan