awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
21/03/2023
02:34 MYT
Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kelulusan pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary dibuat pada 25 Februari 2021 - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.
Mengesahkan kepada Dewan Rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Yayasan Al Bukhari telah diberikan kelulusan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), yang dikecualikan daripada cukai pendapatan.
Bagaimanapun, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kelulusan pembatalan pengecualian cukai kepada yayasan itu telah dibuat pada 25 Februari 2021.
"Kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa YB Bagan semasa menjawat Menteri Kewangan tidak pernah membuat pembatalan kepada kelulusan percukaian sebelumnya, yang didakwa diberikan kepada Yayasan Albukhari.
"Maka dakwaan yang dibuat bahawa beliau membatalkan pengecualian adalah tidak benar, kerana hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021, iaitu kelulusan cukai yang di luar kebiasaan yang melibatkan kedua-dua Yayasan Albukhari dan kumpulan AlBukhari," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah) minta Perdana Menteri menyatakan sama ada YB Bagan semasa menjawat Menteri Kewangan daripada Mei 2018 sehingga Februari 2020, telah membatalkan pengecualian cukai Yayasan Albukhary, dan sebabnya pembatalan dibuat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (jika ada).
Beliau juga bertanyakan bilakah pembatalan pengecualian cukai berkuatkuasa dan dipulihkan semula. Apakah jumlah kewangan yang diterima oleh Yayasan Albukhary dan manfaaat kepada Kerajaan Persekutuan daripada pengecualian cukai tersebut.
Terdahulu, media melaporkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 Mac lalu, mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan pengecualian pembayaran cukai diluluskan kepada Yayasan Albukhary.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, beliau tahu punca Guan Eng yang ketika itu Menteri Kewangan, membatalkan pengecualian cukai yang diperoleh Yayasan Albukhary sebelum itu.
Bagaimanapun, Guan Eng mencabar Muhyiddin mengemukakan bukti mengenai surat pembatalan cukai kepada Yayasan Albukhary yang didakwa dikeluarkan beliau atau berdepan tindakan saman fitnah.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Yayasan Albukhary
#Lim Guan Eng
#Menteri Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan