awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri anjur Tahun Melawat Kedah 2025 - Sanusi

Bernama
Bernama
15/11/2023
09:35 MYT
Kerajaan negeri anjur Tahun Melawat Kedah 2025 - Sanusi
Sanusi berkata bajet untuk mempromosikan program pelancongan itu juga sudah dibincangkan dan akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 negeri hujung bulan ini.- Gambar fail
ALOR SETAR: Kerajaan negeri akan menganjurkan program Tahun Melawat Kedah 2025 bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata bajet untuk mempromosikan program pelancongan itu juga sudah dibincangkan dan akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2024 negeri hujung bulan ini.
"Ada banyak program sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan promosi juga kita akan giatkan. Saya harap program ini akan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya terutama dari sudut promosi," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini.
Sementara itu, katanya sempena cuti Deepavali yang lepas ramai pelancong telah masuk ke Langkawi sekali gus menafikan dakwaan bahawa pulau pelancongan itu 'kesunyian'.
"Ada kapal persiaran besar bawa 10,000 hingga 20,000 orang (pelancong). Semua destinasi pelancongan ada musim puncaknya, ada waktu ada orang, ada waktu tak ada orang...ada jadual dalam sektor pelancongan," katanya.
Sebelum ini media melaporkan industri perhotelan, kereta sewa dan kedai makan di Langkawi dibimbangi semakin tenat susulan kehadiran pelancong semakin merosot kebelakangan ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tahun Melawat Kedah 2025
#Muhammad Sanusi Md Nor
#promosi pelancongan
#Belanjawan Kedah 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan