awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kuota BUDI95 tidak akan dikurangkan ikut kelas pendapatan - KSU Perbendaharaan
Agong dipersembah taklimat perancangan KUSKOP, perkasa PMKS
Jepun tangguh pelancaran roket H3 bagi siasat kegagalan terdahulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Negeri Melaka nafi umum pemberian Bonus Rakyat Melaka (BRAM)

Bernama
Bernama
16/06/2017
04:50 MYT
Kerajaan Negeri Melaka nafi umum pemberian Bonus Rakyat Melaka (BRAM)
IDRIS: Fitnah ini mungkin dianggap sebagai gurauan tetapi ia telah menjejaskan imej saya dan kerajaan negeri Melaka.
Kerajaan negeri Melaka hari ini menafikan tentang kewujudan bonus Bantu Rakyat Melaka (BRAM) sebanyak RM750 kepada rakyat yang berumur antara 16 hingga 55 tahun dilahirkan di Melaka, yang tular di laman sosial.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Naim Abu Bakar berkata ia adalah satu fitnah kerana kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bayaran selain daripada bonus Aidilfitri yang telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan yang diguna pakai untuk penjawat awam yang bernilai RM500 sebelum ini.
"Ini merupakan satu bentuk tohmahan dan fitnah... berita tersebut adalah tidak benar dan fitnah semata-mata," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati tentang berita yang tidak sahih dan mendapatkan berita daripada saluran yang betul ataupun boleh merujuk kepada Jabatan Ketua Menteri untuk pengesahan.
Naim berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh hari ini berhubung berita palsu itu untuk siasatan dan tindakan.
Sementara itu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menafikan pernah membuat pengumuman tentang pemberian BRAM sepertimana yang tersebar di laman sosial.
"Fitnah ini mungkin dianggap sebagai gurauan tetapi ia telah menjejaskan imej saya dan kerajaan negeri Melaka.
"Saya harap mereka yang menyebar mesej ini supaya segera menghentikanya kerana ia menyusahkan rakyat dan kepada mereka yang menerimanya supaya mengabaikan fitnah ini," katanya.
Idris berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan berhubung fitnah yang menjadi tular itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bonus
#BRAM
#idris haron
#Ketua Menteri
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan