Skip to main content

Malaysia

Kerajaan Negeri Melaka tak pilih kasih, prihatin semua rakyat - Ab Rauf

MELAKA, 28 Julai -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucapan pada majlis makan malam sempena 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption di sebuah hotel dekat Banda Hilir, hari ini.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA  MELAKA, July 28 -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh delivering his speech during a dinner held in conjunction with the 22nd Secretariat Meeting of ASEAN Parties Against Corruption at a hotel in Banda Hilir today.  --fotoBERNAMA (
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu diteruskan menerusi Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Siri ke-14 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dengan lebih 15 sumbangan dan inisiatif dibawa terus kepada rakyat di kawasan berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

ALOR GAJAH: Kerajaan Negeri Melaka tidak memilih siapa yang perlu didengar atau membezakan latar belakang dalam memastikan kebajikan dan keperluan masyarakat terus diberi perhatian.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha itu diteruskan menerusi Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Siri ke-14 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya dengan lebih 15 sumbangan dan inisiatif dibawa terus kepada rakyat di kawasan berkenaan.

“Pendekatan turun padang ini mencerminkan komitmen pentadbiran Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang menterjemahkan amanah melalui tindakan dan hasil yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Yang lebih penting bukan berapa banyak bantuan yang kami senaraikan atau berapa besar angka yang kami umumkan tetapi sejauh mana setiap ringgit yang dibelanjakan itu benar-benar sampai manfaatnya kepada rakyat,” katanya selepas program di Felda Tun Ghafar Menggong di sini hari ini.

Turut hadir Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem.

Sementara itu, Ab Rauf dalam ucapannya berkata antara bantuan yang disampaikan termasuk penyerahan sebuah rumah baharu bernilai RM70,000 kepada seorang penerima menerusi inisiatif Melaka Rumahku, selain 26 jenis bantuan perumahan bernilai RM649,000 yang memberi manfaat kepada 25 keluarga di DUN Machap Jaya.

Turut disalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan, komuniti Orang Asli, institusi pendidikan, rumah ibadat serta agensi dan pertubuhan komuniti, selain pengagihan 1,600 kampit beras percuma kepada warga Machap Jaya.

Jelajah itu turut membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada rakyat menerusi saringan kesihatan percuma dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan klinik swasta yang menyertai program berkenaan.

Ab Rauf berkata budaya mendekati rakyat bukan sesuatu yang baharu dalam pentadbiran negeri, sebaliknya menjadi pendekatan kerajaan sejak beliau diberi amanah menerajui Melaka.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak seharusnya hanya menunggu rakyat datang mendapatkan perkhidmatan, sebaliknya barisan kepimpinan perlu turun sendiri ke lapangan bagi memahami keperluan masyarakat.

“Daripada rakyat kami mendapat mandat, kepada rakyat kami kembali berkhidmat dan untuk rakyatlah segala usaha ini kami gerakkan,” katanya.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement