awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri nafi dakwaan Pasar Siti Khadijah kurang pengunjung

Bernama
Bernama
26/02/2024
04:05 MYT
Kerajaan negeri nafi dakwaan Pasar Siti Khadijah kurang pengunjung
Kerajaan negeri menafikan dakwaan Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan, sebaliknya pengunjung semakin meningkat pada cuti sekolah ini. - Gambar Facebook
KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan dakwaan Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan, sebaliknya pengunjung semakin meningkat pada cuti sekolah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, waktu paling sibuk di pasar itu adalah pada sebelah pagi sehingga menyebabkan jalan ke situ menjadi sesak.
"Dakwaan itu tidak betul. Pihak kami sudah bertemu dengan peniaga dan mendapatkan laporan, ia bercanggah kerana orang tersebut kata tak dapat masuk ke pasar sebab jalan sesak, kalau begitu keadaan, maknanya ramai pengunjung.
"Sudah ada dua, tiga yang muat turun dalam Facebook termasuk dari peniaga pasar mengatakan dia berseloroh dan sudah buat penafian, malah kuih-muih dibuat dan dijual sebelah pagi bukan sebelah petang," katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Sebelum ini tular video yang mendakwa Pasar Siti Khadijah kekurangan pelanggan kerana ramai sudah beralih arah ke Hatyai, selain mendakwa peniaga sedih dan termenung kerana kekurangan pelanggan.
Beliau berkata, keadaan ekonomi semasa tidak menjejaskan kemasukan pelancong untuk membeli-belah di Kelantan selain kerja-kerja naik taraf tempat tumpuan giat dijalankan.
"Sekarang ini kerajaan negeri dalam peringkat akhir merencanakan pelayaran sungai (river cruise) bersama pemandu pelancong di kawasan Pulau Suri, Telok Renjuna di Tumpat, Kuala Besar dan Sungai Pengkalan Datu di Kota Bharu yang melibatkan lembangan sungai," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pasar Siti Khadijah
#kurang pengunjung
#Hatyai
#kerajaan negeri Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan