awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri Pulau Pinang nafi peruntukan RM1.5 bilion bagi PPS

Bernama
Bernama
06/09/2014
12:50 MYT
Kerajaan negeri Pulau Pinang nafi peruntukan RM1.5 bilion bagi PPS
LIM: Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.
"Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?
"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Pada 4 Sept, Pengerusi Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dilaporkan berkata dalam laman web Umno bahawa secara keseluruhan kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM1.5 bilion untuk menubuhkan PPS.
Lim berkata kerajaan negeri memberi Zainal Abidin tempoh tiga hari untuk membuktikan dakwaan beliau, jika gagal tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri bersedia membawa kes itu ke mahkamah untuk melindungi PPS yang ditubuhkan empat tahun lalu selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat exco negeri.
Pada 31 Ogos, polis menahan 156 anggota PPS termasuk Pengerusinya yang juga exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh kerana ingkar amaran supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Topic Berkaitan
#Lim Guan Eng
#PPS
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan