awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka

Bernama
Bernama
08/09/2023
20:40 MYT
Kerajaan negeri tambah kekerapan pendaratan feri di jeti ICQS Melaka
Ab Rauf berkata ia adalah sebahagian kaedah untuk menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia menggunakan laluan laut melalui jeti ICQS. - Foto fail/Astro AWANI
MELAKA: Kerajaan negeri akan menambah kekerapan feri mendarat di jeti Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka.
Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata ia adalah sebahagian kaedah untuk menarik lebih ramai pelancong dari Indonesia menggunakan laluan laut melalui jeti ICQS terutama pada Tahun Melawat Melaka 2024.
"Kekerapan jadual sekarang ialah dua kali sehari namun kapasiti jeti ini boleh menerima empat kali pendaratan feri sehari, bergantung kepada pasang surut air laut.
"Jadi dalam kempen kita nanti, kita akan tambah (kekerapan) bagi menggalakkan sebanyak mungkin feri penumpang masuk ke jeti ini dan kita juga akan susun jadual dengan baik," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di ICQS Melaka pada Jumaat.
Beliau juga berkata kerajaan negeri sedang giat menambah baik prasarana di ICQS Melaka yang merupakan satu-satunya kompleks ICQS di tengah-tengah bandar termasuk mendalamkan kuala sungai.
"Projek mendalamkan sungai telah dilakukan sejak sebulan lalu dan dijangka siap dalam tempoh enam bulan.
"Kawasan ini didalamkan bagi memudahkan feri keluar masuk sementara prasarana yang lain semuanya amat baik dan mengikut standard antarabangsa," katanya.
Ab Rauf turut mengulas perancangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam selepas operasi penerbangan pesawat komersial di situ dihentikan.
"Kita bercadang mengubah status LTAM sebagai hab operasi penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih helikopter dan pesawat ringan.
"Cadangan ini akan dikemukakan kepada Kerajaan Persekutuan ekoran tindakan semua syarikat penerbangan komersial menghentikan operasi di LTAM disebabkan kurang sambutan penumpang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#kekerapan feri
#ICQS Melaka
#kerajaan negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan