awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
Lanjutan kontrak MotoGP Malaysia dijangka diketahui bulan ini - CEO SIC
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan negeri tunggu laporan penuh insiden murid dimarahi guru di kantin - Amirudin

Bernama
Bernama
27/05/2025
08:00 MYT
Kerajaan negeri tunggu laporan penuh insiden murid dimarahi guru di kantin - Amirudin
Amirudin menegaskan tindakan hanya akan diambil selepas siasatan terperinci selesai, sambil menyeru agar semua pihak saling memahami tekanan yang dihadapi guru. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung insiden seorang murid didakwa dimarahi guru di hadapan rakannya yang dipercayai berlaku di kantin sebuah sekolah rendah di negeri ini pada 14 April epas.

Ringkasan AI
  • Kerajaan Selangor sedang menunggu laporan penuh siasatan JPNS berhubung insiden murid dimarahi guru di kantin sekolah rendah pada 14 April lalu.
  • Menteri Besar Amirudin Shari menegaskan tindakan hanya akan diambil selepas siasatan terperinci selesai, sambil menyeru agar semua pihak saling memahami tekanan yang dihadapi guru.
  • Video insiden tular menunjukkan murid menangis ketika dimarahi, dan Kementerian Pendidikan telah menyatakan komitmen untuk menyiasat dan mengambil tanggungjawab penuh.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ketika ini kes berkenaan sedang disiasat Jabatan Pendidikan Selangor (JPNS) dan sebarang tindakan berhubung insiden itu hanya akan diputuskan selepas siasatan terperinci selesai dijalankan.
"Jabatan Pendidikan sedang lihat perkara ini dan kita tunggu laporan berkaitan. Kita hendak tahu punca kejadian dan tahap kemarahan (cikgu terbabit).
"Kita tidak boleh hukum guru itu terus sebab kadang-kadang mereka tertekan dengan persekitaran yang mencabar ... kena saling memahami," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular rakaman video berdurasi 2.32 minit yang menunjukkan seorang murid menangis teresak-esak semasa memberi penjelasan kepada guru yang sedang memarahinya.
Susulan kejadian itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dilaporkan berkata kementerian akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dan menyiasat insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirudin Shari
#murid dimarahi guru
#kantin sekolah rendah
#Jabatan Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan