awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2022
09:50 MYT
Kerajaan nyahklafikasi laporan Pasukan Petugas Khas buku Tommy Thomas - PM
Jemaah menteri juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan untuk meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menyahklafikasikan dan mendedahkan laporan yang dikemukakan pasukan petugas khas buku "My Story: Justice In The Wilderness" kepada umum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menjelaskan, keputusan itu dibuat setelah pembentangan laporan pasukan petugas khas tersebut.
Ismail Sabri juga memaklumkan jemaah menteri juga bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Pasukan Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah Dan Tubir Selatan untuk meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan isu tersebut.
"Mesyuarat dimaklumkan mengenai terdapat kemungkinan kecuaian dan kekhilafan bekas Perdana Menteri Ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada tahun 2008, dan permintaan tafsiran Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas Tun Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan dan pentafsiran penghakiman pada 11 Jun 2018.
"Mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau juga menjelaskan syor-syor hala tuju Kerajaan dan penambahbaikan yang dicadangkan Pasukan Petugas Khas melalui kedua-dua laporan ini adalah bersifat telus, berkecuali dan inklusif dengan mempertimbangkan hasil analisa, penelitian serta pemerhatian ahli Pasukan Petugas Khas.
Katanya, pelaksanaan Pasukan Petugas Khas ini secara keseluruhannya menjelaskan komitmen Kerajaan untuk penyelesaian terbaik berkaitan perkara ini demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#petugas khas
#laporan
#Tommy Thomas
#Pulau Batu Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan