KEPALA BATAS: Kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil kira semua pandangan dan pendapat daripada penduduk berhubung cadangan pembinaan pembangunan kuarters pekerja berpusat (CLQ) di Bertam di sini.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata perkara itu merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek di negeri ini.
"Saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal iaitu kawasan perancangan projek CLQ itu mengadakan sesi town hall atau libat urus dengan wakil-wakil penduduk di kawasan terlibat bagi mendengar pandangan, bantahan serta hasrat mereka (berhubung projek CLQ).
"Seterusnya semua pandangan, bantahan dan hasrat yang disampaikan pada sesi malam ini dikumpulkan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri supaya ia dapat dinilai dan diteliti..kami (kerajaan negeri) sentiasa bersedia untuk menilai dan mendengarnya.
"Malah kerajaan negeri turut menubuhkan satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh saya sendiri untuk memantau dan menyelaras pelaksanaan projek itu kerana antara lain mahu mendapatkan cadangan awal daripada semua pihak berhubung projek berskala besar tersebut," katanya semasa sesi Town Hall Pembangunan Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi semalam, yang turut membabitkan projek CLQ.
Sesi town hall yang berlangsung selama tiga jam bermula 8.30 malam itu sedikit 'tegang' kerana ketidakpuasaan penduduk dengan projek CLQ tersebut yang turut melibatkan konsultan projek, pemaju dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).
Zakiyuddin berkata Kawasan Perindustrian Berteraskan Teknologi Tinggi di tapak seluas 339 hektar yang terletak di Jalan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Bertam di Parlimen Kepala Batas itu antara lain adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan tersebut dan lokasi berhampiran.
"Saya ingin nyatakan sebarang keputusan dan tindakan saya dalam tangani isu ini tidak sekali-kali berdasarkan politik sahaja tetapi kepada kepentingan rakyat, negeri dan penduduk di sini serta pembangunan Bertam keseluruhannya," katanya.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas mahu MBSP dan pihak pemaju membuat sesi libat urus dengan penduduk untuk mendapatkan jalan penyelesaian bagi cadangan pembinaan pembangunan CLQ kerana rata-rata penduduk menjadi resah apabila berdepan dengan prospek kebanjiran pekerja warga asing di kawasan tersebut.
Penduduk di 10 taman perumahan berhampiran projek tersebut sebelum ini mengadakan bantahan aman bagi menolak cadangan pembangunan CLQ di situ yang akan menempatkan ribuan pekerja asing dan mencadangkan pembinaan itu dipindahkan ke kawasan Ara Kuda, Tasek Gelugor, tidak jauh dari situ.
Difahamkan, projek pembangunan itu yang dalam proses mendapatkan kebenaran merancang mempunyai dua pakej, dengan pakej pertama membabitkan cadangan membina 45 unit plot industri dan tiga blok asrama pekerja 10 tingkat manakala pakej kedua melibatkan cadangan membina 99 unit plot industri dan empat blok asrama pekerja 10 tingkat yang keseluruhannya berjumlah 977 unit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022

Sesi Town Hall Pembangunan Kawasan Perindustrian Teknologi Tinggi berlangsung di Dewan Kompleks Sukan MBSP, Bertam, 8 Jun 2022. - Foto Facebook Zakiyuddin.my
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [30 November 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Fahmi Izzudin & Asyraf Roslan
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi
- Kertas Putih Dasar Gaji Progresif dibentang hari ini
- Yasin dilepas, bebas tiga pertuduhan dadah kerana tidak waras
- 35 peratus ahli KWSP berumur 54 tahun miliki simpanan di bawah RM10,000
#AWANInews #AWANIpagi

Cristiano Ronaldo disaman AS$1 bilion angkara Binance
Plaintif meminta ganti rugi melebihi AS$1 bilion kerana Ronaldo terlibat dalam mempromosikan Binance kepada orang ramai.
Jiwa SME: Kesempatan dalam kesempitan melalui ternakan ayam penelur
Baka Hyline Brown boleh menghasilkan sehingga 340 biji telur setahun, memperoleh sokongan luas dan menawarkan penghantaran anak ayam untuk individu yang ingin memulakan penternakan sendiri.

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.

PKNS bangunkan kuarters berpusat untuk pekerja migran
PKNS akan membangunkan CLQ di Bandar Sultan Suleiman, Klang, sekali gus memantapkan komitmen negeri untuk memupuk persekitaran hidup yang berkualiti dan mampan bagi pekerja migran di Selangor.

Perak laksana projek penginapan pekerja berpusat
Perak memulakan projek menyediakan penginapan pekerja berpusat (CLQ) untuk pekerja asing, bagi menyokong pertumbuhan perindustrian dan pembangunan ekonomi negeri.

Penduduk Kepala Batas lega CLQ tidak diteruskan - Reezal
Reezal mengucapkan terima kasih kepada pemaju kerana mendengar bantahan pimpinan tempatan dan penduduk setempat terhadap cadangan projek tersebut.

CLQ Bertam: Kerajaan Pulau Pinang diminta kemuka senarai industri
KPKT hanya bersetuju jika industri yang dibawa ke kawasannya berteraskan teknologi tinggi.

Kerajaan P.Pinang ambil kira pendapat penduduk berhubung CLQ di Bertam
Ia merupakan antara pendekatan kerajaan negeri dalam menyampaikan maklumat atau membangunkan sesuatu projek.

Penduduk Taman Mekar Sari bantah cadangan bina asrama pekerja asing berhampiran perumahan
Penduduk 11 taman perumahan sekitar Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang membantah cadangan pembinaan Asrama Pekerja Berpusat (CLQ) berhampiran Taman Mekar Sari.

Pusat kuarters buruh MRT
Pusat kuarters buruh atau CLQ yang dibina untuk pekerja pembinaan MRT bakal dijadikan model kediaman contoh untuk sektor pembinaan dalam negara.