Kerajaan Pulau Pinang telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti perancangan untuk membeli semula rumah kos rendah dan sederhana rendah yang pemiliknya telah berjaya menaik taraf status sosioekonomi mereka.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo, berkata jawatankuasa itu ditubuhkan untuk melihat sama ada skim yang baru dibina dapat diwujudkan di mana unit-unit kos rendah dan kos sederhana rendah yang dijual akan tetap menjadi milik kerajaan negeri melalui satu kaedah pajakan.
Katanya, jawatankuasa itu juga diberi tanggungjawab untuk memperhalusi mekanisme pelaksanaan dasar berkenaan, selain mengemukakan syor untuk pertimbangan serta kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kerajaan akan mengambil semula unit yang akan dikembalikan di mana ia akan disalurkan kepada pemohon baru di dalam sistem.
"Kita juga mahu memastikan stok perumahan sedemikian mencukupi untuk ditawarkan kepada golongan berkelayakan dan bukan disewa kepada pihak ketiga. Syarat perumahan jelas menyatakan unit rumah ini perlu didiami pemilik sahaja, bukannya untuk disewa," katanya ketika sesi penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.
Tambahnya, kerajaan negeri memandang serius perkara ini kerana ia mencabuli syarat yang ditetapkan sekiranya unit berkenaan disewa kepada pihak luar.
Jagdeep berkata, pemilik rumah berkenaan hanya boleh menjual unit mereka kepada kerajaan negeri dan bukannya pihak ketiga dengan pengumuman mengenai cadangan itu akan dibuat nanti.
Katanya, pihak kerajaan sedang mengkaji kaedah pembayaran bagi transaksi berkenaan dengan mengambil kira beberapa aspek, termasuklah baki pinjaman perumahan pemilik unit terbabit.
"Kita akan pertimbangkan jumlah baki pinjaman perumahan pemilik sebagai bayaran, jika pembeli masih terikat dengan pihak bank. Bagaimanapun, kita mungkin bayar RM42,000 jika unit berkenaan diperoleh melalui pampasan.
"Ini akan memberi situasi menang-menang bagi pemilik dan kerajaan negeri, kecuali bagi pihak yang mengharapkan 'durian runtuh' apabila menjual unit perumahan masing-masing," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
Kerajaan Pulau Pinang mahu memastikan stok perumahan sedemikian mencukupi untuk ditawarkan kepada golongan berkelayakan sahaja. - BERNAMA/Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Jagdeep sambung cuti sakit hingga 9 Ogos
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo menyambung cuti sakit hingga Jumaat ini (9 Ogos) bagi rawatan lanjut.
Jagdeep jalani pemulihan, Chow sedia beri cuti lanjutan
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow sedia memberikan lanjutan cuti kepada Timbalan Ketua Menteri II Jagdeep Singh Deo yang ketika ini dalam fasa pemulihan dan sedang dalam perhatian doktor.
Pulau Pinang sasar tarik 150,000 bakat dalam lima tahun akan datang
Pulau Pinang komited untuk memupuk persekitaran yang kondusif terhadap inovasi teknologi.
Pulau Pinang berpotensi menjadi kuasa ekonomi terpenting di ASEAN
Ini kerana Pulau Pinang sering menjadi pilihan syarikat-syarikat luar dan multinasional untuk meluaskan perniagaan dan perkhidmatan mereka.
Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.
Kerajaan negeri beri komitmen usaha bangunkan industri PKS di P.Pinang
Pulau Pinang sememangnya dikenali sebagai hub industri global yang turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.
Kerajaan P. Pinang komited memelihara status UNESCO - Exco
Sesi Town Hall diadakan bagi memberi kesedaran mengenai kepentingan nilai-nilai warisan dan nilai keunggulan sejagat dalam TWDGT.
Pulau Pinang akan teruskan rancangan bina asrama pekerja asing
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan rancangannya untuk membina lebih banyak asrama pekerja asing bagi menangani masalah pekerja asing yang tinggal di kawasan perumahan.
Baki tinggal RM4.40, sistem parkir PSP alami masalah teknikal bukan serangan siber - Jagdeep
Kerajaan Pulau Pinang menegaskan bahawa sistem parkir pintar Penang Smart Parking (PSP) mengalami masalah teknikal dan bukan serangan siber, semalam.