Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik cadangan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang untuk menvariasikan Bazar Ramadan di Lebuh Queen di sini dengan Bazar Ramadan Nasi Kandar yang mempamerkan juadah popular negeri ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, beliau akan menimbang dan meneliti perkara yang disuarakan oleh pertubuhan itu yang dilihat sebagai usaha menarik pelancong ke negeri ini.
"Kita ucapkan tahniah kepada Liga Muslim Pulau Pinang atas cadangan mereka yang ingin menjenamakan semula dan mahu pentaskan bazar Ramadan seperti Penang Food Festival dan ia salah satu usaha untuk terus menarik pelancong ke negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Liga Muslim 2019 di Lebuh Queen pada Isnin.
Pada majlis itu, Presiden Liga Muslim Pulau Pinang, Datuk Haja Najmudeen Kader menyuarakan hasrat untuk mempelbagaikan ruang di bahagian sebelah kanan jalan itu untuk ditambah dengan sebuah lagi bazar Ramadan dengan menempatkan menu nasi kandar.
Najmudeen berkata lokasi Lebuh Queen merupakan destinasi yang terkenal dengan deretan nasi kandar dan atas faktor itu pihaknya berhasrat untuk membina sebuah lagi bazar yang hanya menjual menu nasi kandar di samping kuih-kuih tradisional negeri ini.
Terdahulu, Chow dalam ucapannya berkata bazar Ramadan anjuran Liga Muslim itu mampu menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing yang melalui kawasan itu kerana lokasinya yang strategik serta mudah disinggahi orang ramai sepanjang bulan Ramadan ini.
"Seperti yang kita maklum, bulan Ramadan bukan sahaja disambut dan diraikan oleh orang Islama, tetapi juga orang bukan Islam termasuk pelancong-pelancong asing. Ini terbukti apabila kita dapati ramai orang bukan Islam termasuk pelancong asing turut mengunjungi bazar-bazar Ramadan," katanya.
Chow berkata bulan Ramadan yang diraikan setiap tahun merupakan tunggak penting dalam usaha mengeratkan hubungan silaturrahim dan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama khususnya di Pulau Pinang yang secara tidak langsung boleh mengurangkan sensitiviti kaum dan agama.
"Kita patut bersyukur kerana kita berpeluang untuk bersama-sama merasai nikmat kehidupan yang aman dan tenteram dalam sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa, dan bahasa," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon May 06 2019

Satu bazar Ramadan yang hanya menempatkan menu nasi kandar mungkin bakal menjadi realiti di Pulau Pinang. - BERNAMA/Fail

PKP 2.0: Perda wujudkan moratorium
Lembaga Kemajuan Wilayah Utara telah mewujudkan moratorium dan pengecualian kepada usahawan, penyewa gerai, premis, tanah dan PPRT yang terkesan akibat PKP 2.0.

5 perkara penting kenyataan media harian PKP/PKPB - 22 Jan 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media berkaitan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan / Bersyarat (PKP/PKPB) hari ini.

Provokasi polis, langar PKP | 7 lelaki didakwa
Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang atas pertuduhan melakukan provokasi terhadap penjawat awam serta melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

COVID-19 | Sarawak catat kes harian tertinggi
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 229 kes positif COVID-19, yang tertinggi di negeri itu setakat ini. Sibu kekal merekodkan penambahan kes tertinggi dengan 168 kes. Juga dua kematian di Miri dan Sibu dilaporkan pada Jumaat.

Hutan Simpan Segari Melintang: KASA kesan 6 ketidakpatuhan EIA
Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) mendapati terdapat enam ketidakpatuhan syarat kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) susulan kerosan yang berlaku di Hutan Simpan Segari Melintang, Manjung, Perak. Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia hasil siasatan awal di tapak oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Jabatan Perhutanan Perak dan Pejabat Exco Alam Sekitar Perak sejak 18 hingga 20 Januari lalu.

COVID-19 | PKPD Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Blok Tahanan dan Kuarters Depot Tahanan Imigresen Pekan Nenas, Johor bermula 23 Januari sehingga 5 Februari depan. Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan media pada Jumaat.

Malaysia terima bantuan peralatan perubatan dari Jepun
Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik COVID-19.

COVID-19 | KKM tubuh 213 pusat penilaian COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menubuhkan sejumlah 213 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC - COVID-19 Assesment Centre) di seluruh negara bagi mengendalikan penilaian pesakit COVID-19 yang menjalani rawatan di rumah.

Pemulangan AS$2.5 bilion aset dari Goldman Sachs
Malaysia berjaya mendapatkan semula pemulangan aset syarikat One Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai AS 2.5 billion dan AS 1.4 billion berupa jaminan daripada Goldman Sachs Group Inc setakat ini. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, ia merupakan pemulihan terbesar aset syarikat itu kepada Malaysia.

COVID-19 | Kes kematian tertinggi, 3,631 kes baharu
Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi iaitu sebanyak 18 kes kematian dilaporkan manakala kes baharu COVID-19 mencatakan sebanyak 3,631 kes.

Kerajaan P. Pinang sambut baik cadangan bazar Ramadan nasi kandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik cadangan sebuah untuk mempelbagaikan Bazar Ramadan di Lebuh Queen dengan Bazar Ramadan Nasi Kandar.