awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan Program Agro MADANI cecah RM13.25 juta dalam tempoh 25 hari
Ribut petir, hujan lebat di enam negeri hingga 7 malam ini
Op Samseng Jalanan, 157 penunggang motosikal ditahan di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang peruntuk RM10 juta hadapi Monsun Timur Laut - MB

Bernama
Bernama
29/10/2025
03:20 MYT
Kerajaan Pahang peruntuk RM10 juta hadapi Monsun Timur Laut - MB
Wan Rosdy (dua, kanan) hadir pada Program Flag-off Misi Penghantaran Barang Keperluan Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Kerajaan Pahang memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, termasuk penghantaran awal bantuan ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata daripada jumlah itu, RM3.3 juta diagihkan hari ini untuk penghantaran pertama barangan bantuan makanan kering seberat kira-kira 230 tan, yang akan dilaksanakan dalam tempoh 17 hari.
"Penghantaran bantuan ini adalah seperti biasa dilakukan kerajaan negeri kerana banjir ini berlaku setiap tahun. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat baru-baru ini menjangkakan hujan lebat akan berlaku pada awal Januari tahun depan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Flag-off Misi Penghantaran Barang Keperluan Makanan Kering ke Pangkalan Hadapan Peringkat Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Beliau berkata penghantaran bantuan akan bermula di daerah Rompin sebelum diteruskan ke daerah lain, melibatkan keseluruhan 11 daerah di negeri ini.
"Saya telah meninjau sendiri barangan bantuan yang dihantar dan semuanya berada dalam keadaan baik serta mempunyai tarikh luput yang panjang," katanya.
Barang keperluan makanan kering tersebut merangkumi beras, minyak masak, gula, garam, kari ayam tin, sardin, kopi, teh, dan biskut.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Wan Rosdy Wan Ismail
#monsun timur laut
#Pahang
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan