awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang tanggung kos jenazah pesakit COVID-19

Bernama
Bernama
12/08/2021
10:00 MYT
Kerajaan Pahang tanggung kos jenazah pesakit COVID-19
Buat masa ini, pengurusan jenazah diuruskan oleh Kementerian Kesihatan di hospital dengan menggunakan khidmat badan sukarelawan yang mengenakan kadar bayaran tertentu kepada waris jenazah. - Gambar fail
KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang akan menanggung kos pengurusan jenazah pesakit COVID-19 bagi membantu meringankan beban kewangan yang perlu ditanggung waris, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Beliau berkata buat masa ini, pengurusan jenazah diuruskan oleh Kementerian Kesihatan di hospital dengan menggunakan khidmat badan sukarelawan yang mengenakan kadar bayaran tertentu kepada waris jenazah.
Bayaran itu antara lain adalah bagi kerja tayamum, solat, menggali kubur dan pengebumian selain untuk menyediakan kain kafan, keranda serta peralatan perlindungan diri (PPE) kepada petugas.
"Dengan keputusan kerajaan negeri, badan sukarela terlibat boleh menuntut bayaran tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang turut akan mengendalikan sebuah tabung khas berkaitan pengurusan jenazah COVID-19.
"Sebagai permulaan, Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah bersetuju menyalurkan RM200,000 ke tabung khas tersebut," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan pelbagai pihak untuk tabung itu selain JAIP akan meminta semua masjid di Pahang untuk membuat kutipan dalam kariah mereka bagi disalurkan ke tabung tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jenazah
#pemngurusan jenazah
#kos pengurusan
#Pahang
#kerajaan negeri
#COVID-19
#pesakit
#kewangan
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan