awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Pahang teruskan Program Tunas Makmur, sedia peruntukan RM9 juta

Bernama
Bernama
28/01/2025
14:30 MYT
Kerajaan Pahang teruskan Program Tunas Makmur, sedia peruntukan RM9 juta
Wan Rosdy semasa merasmikan Moh Karnival Makmur Peringkat Lipis di Lipis, Pahang, baru-baru ini. - Gambar FB Wan Rosdy bin Wan Ismail
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pahang terus komited melaksanakan Program Tunas Makmur di bawah Inisiatif Makmur Pahang (IM Pahang) dengan peruntukan sebanyak RM9 juta tahun ini.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pada tahun ini, dianggarkan sekitar 250,000 penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT), guru dan pensyarah akan menerima manfaat daripada inisiatif tersebut.
"Kita akan teruskan dengan penambahbaikan, dan tahun ini, kita peruntukkan sebanyak RM9 juta. Paling penting, semua pihak akan mendapat manfaat ini," katanya selepas merasmikan Moh Karnival Makmur Peringkat Lipis di Lipis, Pahang, baru-baru ini.
Beliau berkata inisiatif tersebut akan diteruskan dengan pemberian bantuan kepada semua pelajar Tahun 1 di seluruh Pahang, serta pelajar Tahun 2 hingga Tingkatan 5 dalam kategori miskin dan miskin tegar di negeri tersebut.
"Bagi anak-anak Tahun 1 sesi 2025, ibu bapa tidak perlu membeli kelengkapan sekolah. Alat tulis, kotak pensil, pensil warna, kamus, beg sekolah - semua akan diberikan percuma oleh kerajaan negeri. Ini bertujuan memastikan anak-anak kita lengkap, selesa, dan bersemangat memulakan sesi persekolahan.
"Tentu sahaja program bantuan IM Pahang Tunas Makmur untuk memastikan anak-anak ke sekolah dalam keadaan lengkap untuk belajar," katanya.
Selain itu, Wan Rosdy berkata seperti sebelum ini, setiap penerima akan diberikan kad diskaun 30 peratus yang boleh digunakan di semua rangkaian kedai MBS World di seluruh Pahang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Tunas Makmur
#Inisiatif Makmur Pahang
#kad diskaun
#kategori miskin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan