NATIONAL
Kerajaan Perak jawab isu kandang babi haram pada sidang DUN

Saarani ditemui pada Jelajah AIM TVET bersama Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, pada Sabtu. -Sinar Harian
TAPAH: Dakwaan pembangkang berhubung kandang babi haram berhampiran Kampung Tanjung Keramat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan dijawab pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak minggu depan, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ringkasan AI
- Dakwaan pembangkang berhubung kandang babi haram berhampiran Kampung Tanjung Keramat akan dijawab pada sidang DUN Perak minggu depan oleh Exco A. Sivanesan.
- Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad mengingatkan jentera BN untuk tidak melakukan provokasi sepanjang tempoh berkempen PRK DUN Ayer Kuning.
- Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan menyatakan kandang babi tersebut telah lama wujud dan tiada bantahan besar penduduk selama ini.
"Janganlah kerana pilihan raya ini, kerana provokasi yang melampau, menyebabkan berlakunya pertelingkahan dalam kalangan masyarakat setempat.
"Saya sebagai Menteri Besar, saya nak mentadbir negeri ini dengan penuh rasa kasih sayang dan aman damai," katanya.
Saarani berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Belia Malaysia (MAYC) Perak di Kompleks Sukan Tapah, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan kempen BN, Saarani berkata satu mesyuarat Jawatankuasa Induk BN akan diadakan untuk meneliti dan memuktamadkan intipati manifesto parti itu malam ini.
Beliau berkata pada mesyuarat itu, calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir akan membentangkan aspirasinya serta cadangan pembangunan Ayer Kuning, sebelum manifesto berkenaan dibentangkan kepada umum.
Sementara itu, Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan berkata kandang babi terbabit telah lama wujud dan selama ini, tiada bantahan besar penduduk berhubung perkara berkenaan.
"Kandang babi itu telah lama wujud dan takkan selepas 50 tahun dan ketika pilihan raya, baru mereka sedar? Kalau betul mereka mahu jadi hero rakyat, sepatutnya mereka mulakan awal dan bukannya tunggu ada PRK," katanya ketika menghadiri kejohanan bola sepak Piala Datuk Seri M. Saravanan di sini.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami