awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak nafi perlombongan pasir punca gangguan air di Manjung, Perak Tengah

Bernama
Bernama
09/04/2023
06:53 MYT
Kerajaan Perak nafi perlombongan pasir punca gangguan air di Manjung, Perak Tengah
Mohammad Nizar (empat, kiri) bergambar beramai-ramai bersama penerima pada Program Bantuan Meriah Aidilfitri Kerajaan Negeri Perak di Dewan Carsem, Maju Rapat, hari ini. -Bernama
IPOH: Kerajaan Perak menafikan dakwaan aktiviti mengorek pasir di Sungai Perak sebagai punca berlaku pergerakan tanah di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Kepayang, Bota sekali gus menjejaskan 79,360 akaun pengguna air di daerah Manjung dan Perak Tengah, 31 Mac lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata sebaliknya masalah itu berlaku ekoran rebakan tanah di benteng sungai berhampiran LRA itu yang mengakibatkan tekanan pada paip air sehingga terputus bekalan.
"Kalau benar ada aktiviti menggali pasir, sudah tentu kita (Kerajaan Perak) dapat kesan dan kenal pasti dari awal lagi.
"Ia lebih kepada pergerakan tanah di benteng sungai (berhampiran LRA Teluk Kepayang) mengakibatkan benteng sungai itu pecah seterusnya memberi tekanan kepada paip air yang tersembunyi di sebalik benteng sungai," katanya kepada media selepas Program Bantuan Meriah Aidilfitri Kerajaan Perak di sini hari ini.
Pada 1 April lepas, seorang aktivis alam sekitar memuat naik ciapan di Twitter mendakwa punca paip air mentah di LRA Teluk Kepayang pecah disebabkan aktiviti mengorek pasir di sepanjang Sungai Perak.
Mohammad Nizar memberi jaminan kejadian sama tidak akan berulang terutama menjelang sambutan Aidilfitri yang dijangka 22 April ini.
"Kita telah buat pemulihan secara keseluruhannya khusus untuk kawasan yang mengalami gangguan bekalan air ini dan saya fikir ia mampu bertahan," katanya.
Mengulas mengenai program hari ini, Mohammad Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rapat berkata seramai 150 penerima terdiri daripada golongan B40 menerima bantuan berbentuk baucar bernilai RM150 serta kotak mengandungi barang keperluan harian.
Beliau berkata bantuan berkenaan diharap mampu meringankan beban semua penerima dalam membuat persiapan menyambut kedatangan Syawal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aktiviti mengorek pasir
#sungai perak
#pergerakan tanah
#LRA Teluk Kepayang
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan