MALAYSIA
Kerajaan percepat usaha bebaskan sukarelawan GSF dipenjara Israel - Menteri Luar
Mohamad mendengar taklimat mengenai misi membawa pulang sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sepang, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
SEPANG: Pasukan peguam daripada Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) dilaporkan telah berhubung dengan 20 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kesemua sukarelawan terbabit telah dibicarakan oleh rejim Israel dan kerajaan kini berharap proses deportasi dapat disegerakan.
“Mereka telah dibicarakan dan setiap peserta GSF dari Malaysia telah diberikan prosedur operasi standard (SOP) apa perlu dibuat jika ditahan, termasuk menandatangani surat deportasi bagi memudahkan mereka dihantar keluar daripada Israel,” katanya pada sidang media di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini, hari ini.
Menurut Mohamad lagi, garis panduan itu penting untuk mempercepatkan urusan pembebasan, walaupun proses rundingan berdepan dengan kekangan dari pihak Israel akibat perayaan Yom Kippur pada 1 dan 2 Oktober lalu menyebabkan pejabat pentadbiran Israel tutup buat sementara waktu.
Dalam sidang media sama, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Al-Kahery mengesahkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada ADALAH melalui peguam CENTHRA bahawa peserta flotila pada awalnya tidak dibenarkan berjumpa peguam.
Bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam terakhir, peguam ADALAH berjaya menemui 331 peserta Global Sumud Flotilla di Pelabuhan Ashdod, dengan empat peserta warganegara Itali telah dibebaskan.
Sani Araby turut mengesahkan bahawa delegasi Malaysia kini ditempatkan di Penjara Ketziot dan telah dinasihatkan untuk menandatangani borang Request for Immediate Departure.
Setakat ini, ADALAH telah berhubung dengan 20 daripada 23 peserta Malaysia, manakala tiga lagi akan diuruskan dalam masa terdekat.
Dalam masa sama, Sani Araby menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan doa dan solidariti, sambil menegaskan usaha kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Wisma Putra sedang digerakkan secara maksimal untuk membebaskan sukarelawan GSF.
“Justeru, kita mengharapkan seluruh rakyat Malaysia teruskan momentum sokongan ini, teruskan solat hajat, doa qunut Nazilah. Kerana inilah titik susah senang Malaysia untuk kita sama-sama berperanan, membebaskan delegasi kita,” katanya.
Sebelum ini menurut penganjur GSF, sebanyak 42 konvoi flotila telah dipintas oleh pasukan bersenjata Israel pada Khamis lalu.
Ekoran itu, 201 aktivis kemanusiaan dari 36 buah negara yang menyertai misi bantuan kemanusiaan GSF telah ditahan oleh rejim Zionis.
Antara yang ditahan termasuk 23 sukarelawan dari Malaysia yang turut serta dengan misi GSF.
Aktivis Malaysia yang ditahan ialah Musa Nuwayri, Sul Adil, Taufiq Mohd Razif, Haikal Luqman, Hariz Adzrami, Danish Nazram, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Norhelmi Ab Ghani, Norazman Ishak, Mohd Asmawi, Rusydi Ramli, Iylia Balqis dan Zulfadhli Khairudin.
Tidak ketinggalan pengamal media, pendakwah bebas dan selebriti turut bersama dalam misi, antaranya Zainal Rashid Ahmad, Razali Awang, Muhammad Abdullah, Rahmat Ikhsan, Farah Lee, Hazwani Helmi, Heliza Helmi, Ardell Aryana dan Zizi Kirana.