KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus mempergiat usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara bagi membolehkan mereka pulang ke tanah air.
Kementerian Luar dalam kenyataan malam ini memaklumkan jumlah keseluruhan laporan kes sindiket penipuan yang diterima sehingga hari ini ialah 301 melibatkan negara Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 168 orang telah berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air. Selain itu, 34 orang sedang ditahan di depoh tahanan imigresen manakala baki 99 lagi masih dikesan oleh pihak berkuasa negara berkenaan," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, kerajaan mengumumkan bahawa Jawatankuasa Khas pelbagai agensi diketuai Kementerian Luar akan diwujud bagi memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di beberapa negara dibawa pulang dengan selamat.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan memastikan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan itu dibawa pulang dengan selamat dan usaha sedang dilaksanakan melalui saluran yang ada bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata kerajaan amat prihatin dan mengambil serius mengenai nasib rakyat Malaysia yang terkandas di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand kerana menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022

GAMBAR FAIL: Seramai 24 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan berjaya dibawa pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 9 September lalu. - BERNAMA

Mahkamah tolak permohonan Zahid Hamidi dapatkan pasport
Selaras peruntukan undang-undang, mahkmah bertindak adil dan saksama kepada semua tertuduh.

Ringkas SPUTNIK: Janji Putin kepada warga Rusia
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

Donut 10 Sen | Kekalkan harga demi bantu golongan kurang mampu
Peningkatan harga barangan semasa tidak menjadi halangan buat pasangan suami isteri untuk meneruskan perniagaan donut yang dijual pada harga 10 sen sebiji. Menurut Idham Syafiq Darmilus, 35 tahun, dia memilih untuk mengekalkan harga tersebut bagi memastikan golongan kurang berkemampuan dapat merasai hidangan itu terutama ketika peningkatan kos sara hidup masa kini.

Jenayah | Polis tumpas geng curi kereta Wira di Kelantan
Tujuh individu berusia dari 26 hingga 58 tahun yang terbabit dalam kegiatan curi kenderaan, khususnya kereta Proton Wira dan pecah rumah berjaya ditahan dalam Operasi Lejang yang ditubuhkan polis Kelantan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tangkapan itu dilakukan dalam serbuan di Kampung Machang Limbat dan Kampung Berhala Lima, Pasir Tumboh di antara 12.15 tengah malam hingga 4 pagi semalam.

Perikatan Nasional | Rundingan kerusi parti komonen untuk PRN minggu depan
Rundingan agihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri dijangka berlangsung minggu hadapan. Naib Presiden Pas Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata perbincangan berkenaan akan diadakan pada 7 Februari ini di ibu negara.

Sukan SEA Kemboja: Gimnas negara berdepan acara terhad
Ia memadam peluang kem kebangsaan dalam usaha meraih pingat, apatah lagi dengan kehadiran juara dunia daripada Filipina, Carlos Yulo.

Pantau Kerajaan Baharu: Memperkasa Peranan Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Perbincangan mengenai usaha memperkasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, terutama tindakan tangani syarikat yang culas membayar cukai dan memastikan peraturan percukaian itu dipatuhi peniaga bersama Timbalan Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ibu Pejabat, Roszita Dim.

'Troopers' Prasarana bantu pergerakan penumpang di stesen LRT raih pujian ramai
Meskipun berlaku penambahan luar biasa penumpang waktu puncak, kehadiran Troopers mampu mengawal keadaan dan melancarkan pergerakan.

Niaga AWANI: Ekonomi | Inflasi reda, ekonomi global kian pulih?
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

Niaga AWANI: Integriti | Perkasa prosedur salur dana bantuan elak 'buaya ekonomi'
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman dan Ibrahim Sani.

#SuaraMalaysia: 58 peratus tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Daripada 1,244 responden #SuaraMalaysia, didapati 58 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Gempa bumi di Iran, tiada rakyat Malaysia terjejas
Kedutaan Besar Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan gempa bumi.

#SuaraMalaysia: Menjelang Bajet 2023, bantuan sara hidup terus jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.

Socar bersedia untuk pertumbuhan akan datang pada 2023, disokong oleh permintaan tinggi tahun lepas
Socar, aplikasi sewa kereta terkemuka di Malaysia, yakin dengan prospek pertumbuhannya tahun ini disokong oleh jumlah penyewaan yang tinggi yang dicapai sepanjang 2022.

Pelancong Malaysia paling ramai dari rantau ASEAN ke Taiwan
Malaysia berada di kedudukan keenam dalam pasaran kemasukan pelancong ke Taiwan dan yang tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Tol percuma dua hari kurangkan kesesakan, jimat perbelanjaan - Penggguna
Pengecualian bayaran tol pada 20 dan 21 Jan ini sempena sambutan Tahun Baharu Cina dapat menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tol.

#SuaraMalaysia: Majoriti akui kos makanan ketika ini meresahkan
Apabila kenaikan harga makanan melebihi paras kebiasaan sudah tentu ia merisaukan banyak pihak bukan sahaja di peringkat pembeli malah peniaga juga turut terkena tempias sama.

Lebih 170,000 murid sekolah di Malaysia tidak mahir membaca
Menurut laporan Dokumen Keciciran Pendidikan Malaysia 2023, seramai 175,304 (13%) kanak-kanak di hujung usia persekolahan sekolah rendah di Malaysia tidak mahir membaca.

Seorang rakyat Malaysia antara korban kebakaran hotel kasino Kemboja
Seorang rakyat Malaysia antara yang maut dalam kebakaran di hotel kasino di Poipet, Kemboja.