MALAYSIA
Kerajaan perhalusi penubuhan jawatankuasa perlindungan pemberi maklumat kes berprofil tinggi - Azalina
Jelas Azalina, bagi meningkatkan integriti nasional, menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan keselamatan pemberi maklumat dijamin di bawah undang-undang. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa intipati cadangan telah diperuntukkan di dalam pindaan Akta 711 (Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010) antaranya cadangan menubuhkan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat yang berperanan untuk memperkasakan perlindungan kepada pemberi maklumat dalam kes-kes berprofil tinggi.
Ringkasan AI
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan jawatankuasa itu berperanan untuk menyelia pelaksanaan akta ini oleh agensi penguatkuasaan selain mengumpulkan statistik serta data berkaitan pendedahan dan aduan yang dibuat di bawah Akta 711.
"Memang kita lihat (perkara ini), sebab kadang-kadang masalah dalam pemberi maklumat ialah bila dia memberi maklumat terhadap agensi penguatkuasaan. Itu sebabnya kalau kita lihat dalam fasa kedua, memang kita memerlukan satu sistem yang bebas supaya jaminan itu diwujudkan dan dikekalkan.
"Ini akan kita lihat pada fasa kedua, tapi saya nak nyatakan bahawa kejayaan kepada mana-mana dalam negara kita dari segi undang-undang yang kita sebut tentang elemen reformasi institusi, paling penting ialah kewujudan pemisahan pendakwaan raya Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), di mana bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersama jawatankuasa di bawah Dewan Rakyat ini telah membuatkan kajian pada peringkat akhir dan sudah selesai.
"Sekarang kita nak bawa kepada Mesyuarat Kabinet. Insya-Allah dengan pindaan pada akta ini kita nak menjamin bahawa bila bercakap tentang pendakwaannya, tidak adanya tekanan yang diwujudkan," katanya.
Jelas Azalina lagi, bagi meningkatkan integriti nasional, menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan
keselamatan pemberi maklumat dijamin di bawah undang-undang.
Sehubungan itu, bagi menjunjung inisiatif tersebut, dari segi kerahsiaan maklumat, Seksyen 8 Akta 711 akan terus terpakai secara automatik kepada semua individu yang diiktiraf sebagai pemberi maklumat di bawah akta ini.
Sementara itu, identiti dan maklumat berkaitan pemberi maklumat dilindungi dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran, kecuali untuk tujuan siasatan atau prosiding undang-undang, seperti yang dinyatakan secara jelas dalam akta.
Ringkasan AI
- Penubuhan Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat dicadangkan bagi memperkukuh perlindungan kes berprofil tinggi serta menyelia pelaksanaan akta oleh agensi penguatkuasaan.
- Reformasi institusi turut merangkumi cadangan pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk menjamin integriti proses pendakwaan tanpa tekanan politik.
- Kerahsiaan pemberi maklumat dijamin melalui Seksyen 8 Akta 711, dengan identiti dan maklumat hanya boleh didedahkan bagi tujuan siasatan atau prosiding undang-undang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penubuhan jawatankuasa itu berperanan untuk menyelia pelaksanaan akta ini oleh agensi penguatkuasaan selain mengumpulkan statistik serta data berkaitan pendedahan dan aduan yang dibuat di bawah Akta 711.
"Memang kita lihat (perkara ini), sebab kadang-kadang masalah dalam pemberi maklumat ialah bila dia memberi maklumat terhadap agensi penguatkuasaan. Itu sebabnya kalau kita lihat dalam fasa kedua, memang kita memerlukan satu sistem yang bebas supaya jaminan itu diwujudkan dan dikekalkan.
"Ini akan kita lihat pada fasa kedua, tapi saya nak nyatakan bahawa kejayaan kepada mana-mana dalam negara kita dari segi undang-undang yang kita sebut tentang elemen reformasi institusi, paling penting ialah kewujudan pemisahan pendakwaan raya Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), di mana bahagian Hal Ehwal Undang-Undang bersama jawatankuasa di bawah Dewan Rakyat ini telah membuatkan kajian pada peringkat akhir dan sudah selesai.
"Sekarang kita nak bawa kepada Mesyuarat Kabinet. Insya-Allah dengan pindaan pada akta ini kita nak menjamin bahawa bila bercakap tentang pendakwaannya, tidak adanya tekanan yang diwujudkan," katanya.
Jelas Azalina lagi, bagi meningkatkan integriti nasional, menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan
keselamatan pemberi maklumat dijamin di bawah undang-undang.
Sehubungan itu, bagi menjunjung inisiatif tersebut, dari segi kerahsiaan maklumat, Seksyen 8 Akta 711 akan terus terpakai secara automatik kepada semua individu yang diiktiraf sebagai pemberi maklumat di bawah akta ini.
Sementara itu, identiti dan maklumat berkaitan pemberi maklumat dilindungi dan tidak boleh didedahkan tanpa kebenaran, kecuali untuk tujuan siasatan atau prosiding undang-undang, seperti yang dinyatakan secara jelas dalam akta.

#Azalina Othman Said
#Jawatankuasa Perlindungan Pemberi Maklumat
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#Pindasan Akta 711