awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
Lelaki maut 'terjun' dari kereta dipandu teman wanita
Dakwaan Malaysia serah 5,207 hektar tanah kepada Indonesia suatu penipuan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perhebat program SMART SBB ala Sekinchan - Mohamad Sabu

Bernama
Bernama
29/10/2023
06:09 MYT
Kerajaan perhebat program SMART SBB ala Sekinchan - Mohamad Sabu
Mohamad Sabu (tengah) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada Program Santai Agro Madani Penuaian Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan Iada Ketara-Bernas Tahun 2023 di Kampung Gerai hari ini. - Foto Bernama
JERTIH: Kerajaan sedang memperhebatkan lagi Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ia bagi menampung keperluan beras tempatan terutama bagi negeri yang terjejas dengan musim tengkujuh.
"Sekarang ini pengeluaran padi di Sabah dan Sarawak pun masih di paras rendah untuk mencukupkan keperluan bagi penduduk mereka.
"Tetapi kita yakin dalam jangka masa panjang kedua-dua negeri tersebut boleh menjadi negeri jelapang padi, bukan sahaja pengeluarannya cukup untuk penduduk dalam negeri tetapi dapat juga mereka bekalkan beras ke negeri-negeri lain nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Santai Agro Madani Penuaian Program SMART SBB Ala Sekinchan di Dewan Terbuka Kampung Gerai di sini hari ini.
Beliau berkata selain Sabah dan Sarawak, kementeriannya juga menerima kerjasama baik daripada kerajaan negeri lain seperti Pahang dan Johor, bagi menjalankan program itu yang menerapkan amalan penanaman padi secara bersepadu menggunakan teknologi moden untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil.
Mohamad berkata SMART SBB Ala Sekinchan yang diperkenalkan akhir tahun 2021 sedang dilaksanakan di seluruh negara melibatkan hampir 10,000 pesawah dengan keluasan lebih 26,000 hektar.
Dalam pada itu beliau berkata kerajaan akan meneliti semula jadual penanaman padi terutama di negeri Pantai Timur bagi membolehkan padi dituai sebelum musim tengkujuh.
Hal itu katanya bagi mengurangkan kerugian ditanggung petani yang mempunyai sawah di kawasan berisiko banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Sabu
#Program SMART Sawah Berskala Besar
#penanaman padi
#keterjaminan makanan
#Sekinchan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan