awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/02/2024
11:16 MYT
Kerajaan perkenal Beras Putih Malaysia Madani
Beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, berkuat kuasa 19 Februari ini dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac. - Gambar fail/ Bernama
PUCHONG: Kerajaan bersetuju memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menangani isu manipulasi dan kenaikan harga beras tempatan.
Pengerusi Task Force (kluster makanan) Majlis Tindakan Kebangsaan mengenai Kos Sara Hidup (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, beras itu akan dijual pada harga RM30 sekampit, dan akan berada di pasaran bermula 1 Mac.
"Telah dimaklumkan kepada perdana menteri, sekampit 10 kilogram beras putih adalah berharga RM30. Ini memberikan ruang selepas 18 tahun harga beras tak naik.
"Petani dan pesawah lebih selesa dengan harga siling beras, mereka boleh dapat minimum (harga) lantai RM1,300, jadi industri juga boleh survive.
"Bagi sekampit lima kilogram harganya RM15.50, bagi sekampit kecil satu kilogram berharga RM3.50," katanya dalam sidang media, pada Rabu.
Beliau memaklumkan sememangnya terdapat kenaikan harga tanpa kawalan bagi beras putih yang menjadi makanan ruji rakyat Malaysia, manakala beras putih super tempatan yang dikawal harga pada RM26 sekampit, sudah tiada dalam pasaran.
"Sebelum ini beras putih import lebih rendah harganya daripada beras tempatan. Tak ada isu kerana beras tempatan ada harga silingnya, beras import lebih rendah (harga), kalau berlaku pencampuran dan sebagainya, tiada kesan pada harga.
"Tetapi apabila berlaku kenaikan harga beras global, harga beras import naik. Apabila ini berlaku, terdapat kecenderungan pengilang dan peniaga menjual beras import.
"Beras tempatan akhirnya jadi beras import, dicampur dan sebagainya. Kerana itu tidak kelihatan beras tempatan dijual," tambahnya.
Topic Berkaitan
#kos sara hidup
#Beras Putih Malaysia Madani
#NACCOL
#beras harga murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan