awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xiaomi mula keluarkan Modular Camera System, pelancaran dijangka di MWC 2026
Mahkamah Persekutuan putuskan perkataan "menghina" dan "menjengkelkan" selaras Perlembagaan
Jawatankuasa khas selaras pengurusan hal ehwal bukan Islam ditubuh di semua negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan perkenal skim sewa beli untuk pembeli rumah PR1MA

Raffi Bachik
Raffi Bachik
09/09/2014
15:06 MYT
Kerajaan perkenal skim sewa beli untuk pembeli rumah PR1MA
NAJIB: Skim sewa beli ini bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank.
Kerajaan hari ini memperkenalkan skim sewa beli bagi membantu pemohon Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman perumahan dengan bank.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, skim itu diwujudkan khusus untuk generasi muda mendapatkan rumah yang mereka idamkan selama ini.
“Program ini adalah bagi membantu mereka (permohonan) yang ditolak bank kadang-kadang yang tiada pendapatan tetap atau rekod tidak berapa elok.
“Maka kita bersetuju dengan pihak bank untuk tawar skim rent-to-own ini dengan pemohon hanya perlu membayar sewa, dan dalam tempoh 20 hingga 30 tahun, rumah itu akan jadi milik mereka,” ulas Najib.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan majlis pecah tanah dan projek mula kerja PR1MA Seremban di Seremban Sentral.
Turut hadir menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, menteri di jabatan perdana menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, menteri perdagangan, koperasi dan kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek dan pengerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.
Mengulas lanjut mengenai PR1MA, Najib berkata kerajaan sentiasa meletakkan keutamaan dan keperluan rakyat pada penanda aras utama kerana rumah ialah antara keperluan tinggi yang mesti dimiliki setiap rakyat di negara ini.
Topic Berkaitan
#najib
#PR1MA
#rent-to-own
#sewa beli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan