MALAYSIA
Kerajaan perkukuh MPU bentuk jati diri patriotisme penuntut IPT - Zambry
Zambry berkata MPU tidak wajar lagi dianggap subjek sampingan atau sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, sebaliknya perlu dilihat sebagai asas penting dalam membentuk acuan masyarakat dan negara. - Gambar fail/BERNAMA
SERDANG: Kerajaan komited memperkukuh pelaksanaan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memperkukuh nilai patriotisme, kenegaraan dan jati diri dalam kalangan pelajar.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata langkah itu sejajar peranan signifikan golongan belia dalam penglibatan kewarganegaraan, sekaligus menuntut pendidikan kenegaraan yang berstruktur, sistematik dan relevan.
Beliau berkata MPU tidak wajar lagi dianggap subjek sampingan atau sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, sebaliknya perlu dilihat sebagai asas penting dalam membentuk acuan masyarakat dan negara.
"Kalau kita mahu melihat rupa bangsa sesebuah negara dan jenis generasi yang ingin kita lahirkan, ia mesti bermula daripada acuannya. MPU inilah antara acuan utama itu," katanya ketika berucap pada majlis Training of Trainers (ToT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), di Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini.
Zambry berkata pelaksanaan MPU sebelum ini berdepan pelbagai cabaran, termasuk pendekatan tidak seragam serta tanggapan bahawa subjek berkenaan kurang penting, menyebabkan ada pihak melaksanakannya secara sambil lewa.
Sehubungan itu, Zambry berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang melaksanakan pendekatan baharu melalui penstrukturan kurikulum MPU yang lebih komprehensif, kontekstual dan selari dengan realiti serta sejarah negara.
Menurut beliau, reformasi berkenaan digerakkan hasil kerjasama dua tokoh pemikir negara, iaitu Profesor Emeritus Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Osman Bakar bagi menggabungkan pemikiran peradaban, kenegaraan dan pembinaan bangsa dalam satu kerangka kurikulum yang menyeluruh.
Inisiatif berkenaan dilaksanakan susulan mandat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Ogos 2024 yang menekankan keperluan memperkukuh pemahaman kenegaraan dan kewarganegaraan dalam kalangan pelajar IPT, berikutan kebimbangan terhadap kemerosotan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam kalangan generasi muda.
Reformasi MPU melibatkan lebih 1.1 juta pelajar IPT tahun ini dan dijangka memberi kesan langsung kepada usaha pembinaan negara bangsa melalui pendekatan pendidikan kenegaraan yang lebih tersusun, inklusif dan selari dengan realiti masyarakat majmuk Malaysia.
Pelaksanaan reformasi itu turut diperkukuh menerusi penstrukturan semula empat kelompok kursus MPU iaitu U1 yang menekankan falsafah, nilai dan sejarah; U2 yang memfokuskan pembangunan kemahiran insaniah; U3 yang memperluas pengetahuan dalam bidang keusahawanan, pembangunan lestari, teknologi dan integriti; serta U4 yang menekankan penglibatan komuniti dan pembelajaran berasaskan pengalaman.
Pelaksanaan MPU yang disemak semula disokong oleh tadbir urus jelas melibatkan kementerian, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), institusi serta tenaga pengajar bagi memastikan keseragaman dan kualiti pelaksanaan di semua IPT.
Reformasi MPU dilihat sebagai antara pelaburan strategik jangka panjang kerajaan bagi melahirkan siswaah berintegriti, berfikiran kritis dan bersedia memainkan peranan aktif dalam pembangunan negara.
-- BERNAMA