MALAYSIA
Kerajaan perkukuh undang-undang, perkenal mahkamah bergerak lindungi kanak-kanak
BHEUU juga sedang memperluas kempen kesedaran berkaitan Seksyen 19 yang mewajibkan semua pihak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlakunya jenayah seksual terhadap kanak-kanak. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memperhebat usaha melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual melalui penambahbaikan perundangan dan pelaksanaan yang lebih menyeluruh, termasuk pindaan terhadap Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017, peluasan mahkamah jenayah khas serta latihan berterusan kepada pegawai undang-undang.
Ringkasan AI
Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Reformasi Undang-Undang) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Thiyagu Ganesan berkata beberapa pindaan penting telah dibuat terhadap akta itu pada 2023, termasuk menukar istilah pornografi kanak-kanak kepada bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, memperkenalkan kesalahan baharu seperti penstriman langsung jenayah seksual, pemerasan seksual serta menetapkan bayaran pampasan kepada mangsa.
"Selain itu, baru-baru ini kerajaan meluluskan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866) yang meletakkan tanggungjawab kepada platform digital untuk menghapuskan kandungan jenayah seksual kanak-kanak serta memperkenalkan konsep safety by design supaya kanak-kanak berasa selamat melayari Internet," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia bertajuk 'Menjamin Masa Depan: Reformasi Perlindungan Kanak-Kanak Daripada Jenayah Seksual' terbitan Bernama TV hari ini.
Bagi memperluas akses kepada keadilan untuk mangsa, Thiyagu berkata kerajaan telah menambah jumlah Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak kepada 81 di seluruh negara, selain memperkenalkan konsep mahkamah bergerak yang mesra kanak-kanak.
"Mahkamah bergerak ini mempunyai bilik saksi kanak-kanak dan akan bergerak ke tempat di mana kanak-kanak itu berada. Kanak-kanak itu boleh menaiki bas atau van tersebut dan tidak perlu bergerak ke mahkamah fizikal di tempat lain yang mungkin menyusahkan," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan latihan khusus kepada pendakwa raya, hakim dan peguam bagi meningkatkan kecekapan mengendalikan kes melibatkan kanak-kanak, selaras dengan pindaan yang dibuat pada 2023 yang mengawal cara pemeriksaan utama, balas dan semula terhadap saksi kanak-kanak.
BHEUU juga sedang memperluas kempen kesedaran berkaitan Seksyen 19 yang mewajibkan semua pihak melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesyaki berlakunya jenayah seksual terhadap kanak-kanak.
Mengenai Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 1999, beliau berkata pindaan terhadap akta itu pada 2023 telah mewujudkan jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak secara sepenuh masa, dua Pesuruhjaya Kanak-Kanak dan seorang Pesuruhjaya tambahan, khusus bagi memperkukuh fungsi semak dan imbang dalam pelaksanaan dasar kerajaan berkaitan perlindungan kanak-kanak.
"Peranannya adalah untuk memberi bantuan, komen dan cadangan terhadap rancangan dan dasar kerajaan, selain mengumumkan penambahbaikan. Sekiranya terdapat isu, mereka akan terus menyuarakan bagi memastikan penambahbaikan berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan memperkukuh perlindungan melalui pindaan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 dan pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025, termasuk memperkenalkan kesalahan baharu serta tanggungjawab platform digital menghapuskan kandungan jenayah seksual.
- Akses keadilan diperluas dengan penambahan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak kepada 81 lokasi dan pengenalan mahkamah bergerak mesra kanak-kanak yang memudahkan proses perbicaraan.
- Latihan khusus kepada pegawai undang-undang dan kempen kesedaran mengenai kewajipan melaporkan jenayah seksual dipertingkat, selain penubuhan jawatan Ketua Pesuruhjaya Kanak-Kanak di SUHAKAM bagi memperkukuh semak dan imbang dasar perlindungan.